Sunday, 25 October 2015

16 Oktober 2015 (Kelas Ganti) Refleksi Mingguan

Pada tarikh 16 Oktober bersamaan hari Jumaat kami telah sepakat untuk mengadakan kelas ganti bagi menggantikan kelas-kelas terdahulu yang terpaksa ditunda atas sebab-sebab tertentu. Namun, sekali lagi keadaan tidak mengizinkan dan kami terpaksa mengadakan kelas di dalam group Whatsapp sahaja. Ustazah Mahfuzah mengadakan kelas dalam bentuk menghantar pesanan suara. Dalam pesanan suara tersebut, Ustazah menerangkan tentang intipati Surah Al-Hujurat ayat 6 : 

Maksudnya : 

"Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu." Ayat 6


Antara refleksi yang kami dapati ialah :

Nama Pelajar : Fatimah Az Zahra
Nombor Matriks : 2014441954



Nama Pelajar : Nur Afiqah Ishak
Nombor Matriks : 2014653906
1. Kita perlulah selidiki terlebih dahulu tentang berita yang kita dengari sebelum membuat pandangan atau keputusan.
2. Kita janganlah mudah mempercayai kata-kata orang tanpa melihat atau mendengar bukti terlebih dahulu.
3. Kita janganlah mudah menjatuhkan hukuman atau meletakkan pandangan terhadap seseorang tanpa mengenalinya terlebih dahulu.



Nama Pelajar : Nabihah Badlishah
Nombor Matriks : 2014419412
Berdasarkan petikan diatas,sebagai umat manusia yang berilmu juga beragama islam kita hendaklah menyelidik sesuatu berita yang didengari sebelum mengambil sesuatu tindakan. Bukti bukti yang kukuh hendaklah dikemukakan supaya kita tidak menghukum orang sewenang wenangnya.



Nama Pelajar : Nur Fathiah Raihan Ahmad Nizam
Nombor Matriks : 2014625776

Sebagai kesimpulan, kita sebagai manusia perlulah menyelidiki sesuatu perkara itu terlebih dahulu. Dengan akal fikiran yang kita ada, perlulah mencari bukti dan penjelasan dahulu sebelum membuat tindakan sendiri. Hal ini kerana dengan bawaan khabar angin yang tidak disertakan dengan bukti mampu menimpa musibah kepada orang lain.

Saturday, 10 October 2015

10 Oktober 2015, Perbincangan Tugasan

Kali ini kami membincangkan tentang tugasan video yang diberikan
1. Video Nilai-nilai Murni
2. Video Temubual

1. Video Nilai-nilai murni :
Nilai-nilai yang perlu ada di dalam video ini ialah;

  • Nilai Ketuhanan
  • Nilai Kasih Sayang
  • Nilai Kecemerlangan

Thursday, 8 October 2015

Tugasan Minggu ke 5 (7 Oktober 2015) : Faktor Pendorong & Penghalang Asimilasi

Faktor-faktor pendorong & penghalang asimilasi ialah :

Nama Pelajar : Nur Afiqah Ishak
Nombor Matriks : 2014653906

FAKTOR PENDORONG :
1. Wujud toleransi antara masyarakat untuk memahami dan menerima perbezaan masing-masing.
2. Masyarakat saling menghormati dan menghargai perbezaan yang ada.
3. Wujud beberapa persamaan dalam unsur-unsur budaya/kehidupan.


FAKTOR PENGHALANG :
1. Kurang pengetahuan tentang budaya masyarakat lain.
2. Faktor fizikal yang terang-terangan menampakkan perbezaan. Cth : warna kulit.
3. Perasaan takut akan penguasaan kaum tertentu terhadap ekonomi.


Nama Pelajar : Nabihah bt Badlishah
Nombor Matriks : 2014419412

FAKTOR PENDORONG
  • Toleransi antara kelompok yang memiliki perbedaan kebudayaan 
  • Kesempatan yang sama dalam bidang ekonomi
  • Adanya sikap yang saling menghormati dan menghargai orang asing dan kebudayaan yang dibawanya
  • Memiliki sikap yang terbuka terhadap golongan yang sedang berkuasa dalam masyarakat
  • Adanya persamaan dalam unsur-unsur kebudayaan universal
  • Terjadinya perkawinan antarkelompok dengan berbeda kebudayaan
  • Memiliki musuh yang sama dan meyakini kekuatan masing-masing untuk menghadapi musuh tersebut.
FAKTOR PENGHALANG
  • Kelompok yang terisolasi atau terasing, biasanya minoritas
  • Kurangnya pengetahuan mengenai kebudayaan baru yang akan dihadapi
  • Prasangka negatif terhadap pengaruh kebudayaan baru. Kekhawatiran ini dapat diatasi dengan meningkatkan fungsi lembaga-lembaga kemasyarakatan
  • Perasaan bahwa kebudayaan kelompok tertentu lebih tinggi dari pada kebudayaan kelompok lain. Kebanggaan berlebih seperti ini mengakibatkan kelompok kebudayaan yang satu tidak mau mengakui keberadaan kelompok lain. 
  • Adanya perbedaan ciri-ciri fisik, misalnya tinggi badan, warna kulit ataupun rambut. 
  • Memiliki perasaan yang kuat bahwa individu terikat dengan kebudayaan kelompok masing-masing
  • Golongan minoritas mengalami gangguan terhada kelompok penguasa. Seperti pembantaian suku minoritas di bekas negara Yugoslavia dan Rwanda.
Nama Pelajar: Nur Fathiah Raihan binti Ahmad Nizam
Nombor Matriks : 2014625776


Asimilasi merupakan proses sosial yang timbul apabila ada kelompok-kelompok manusia yang berlatarbelakangkan kebudayaan yang berbeza saling bergaul untuk jangka masa yang lama sehingga kebudayaan kelompok-kelompok tadi berubah sifatnya yang khas dan menjadi unsur kebudayaan campuran.

Faktor-faktor pendorong asimilasi:

1. Terdapatnya toleransi antara kelompok-kelompok yang mempunyai budaya yang berbeza.
2. Adanya sikap menghormati orang lain yang berlainan bangsa serta budaya bawaannya.
3. Terjadi perkahwinan campur antara kaum yang berbeza agama dan bangsa.
4. Setiap kaum mempunyai sikap yang terbuka yang dapat menerima budaya bangsa lain.

Faktor-faktor penghalang asimilasi:

1. Sesetengah kelompok yang menjadi minoriti. Biasanya ialah kelompok yang terasing.
2. Kurang ilmu pengetahuan mengenai budaya lain serta agama yang diamalkan oleh kaum-kaum sekeliling.
3. Mempunyai sikap prasangka negatif terhadap budaya lain yang wujud.

Wednesday, 7 October 2015

7 Oktober 2015 : Refleksi Kelas Mingguan

Pada minggu ini kami mempelajari topik sambungan daripada pelajaran kelas yang lepas iaitu tentang asal usul kewujudan manusia,

Refleksi :

Nama Pelajar : Nur Afiqah Ishak
Nombor Matriks : 2014653906

1. Sebagai manusia yang berbilang kaum, kita tidak boleh memandang perbezaan dia antara satu sama lain sebagai pemisah sebaliknya memahami dan menerima apa yang baik dan jauhi yang negatif.

2. Kita tidak boleh merasakan kekurangan kita atau kekurangan orang lain sebagai sesuatu yang negatif sebaliknya mencari kelebihan atau hikmah di sebalik itu.
contohnya : kemiskinan orang lain dilihat sebagai pendorong kepada kita untuk membantu dan menyokong mereka dari segi kewangan, kebendaan dan motivasi dan bukanlah menghina.

3. Sebolehnya, kita haruslah mengelak daripada bersangka buruk terhadap seseorang kerana perasaan itu jika tidak dibendung lama kelamaan akan membawa kepada sifat-sifat negatif dalam diri dan hal ini amatlah dimurkai oleh Allah s.w.t.

Nama Pelajar: Nur Fathiah Raihan binti Ahmad Nizam
Nombor Matriks : 2014625776

1. Manusia dilahirkan dan dihidupkan dalam 4 keadaan iaitu:
    - keadaan yang mendapat nikmat
    - keadaan yang mendapat musibah
    - keadaan yang sedang berada dalam keadaan taat
    - keadaan yang berdosa.
2. Walaubagaimanapun, manusia terdapat banyak perbezaan seperti berbilang kaum dan agama, namun di alam roh semua manusia adalah sama dan tidak mempunyai perbezaan. Jasad manusia adalah berbeza yang dilahirkan di muka bumi ini termasuklah:
    - Jantina atau personaliti
    - Saiz
    - Warna kulit
    - Kepercayaan berbeza dari segi agama
    - Keturunan
    - Bahasa

Nama Pelajar: Nabihah bt Badlishah
Nombor Matrik: 2014419412

Allah menjadikan manusia sifat pelupa tetapi allah turunkan kitab al-quran, nabi dan para rasul serta allah bekalkan fitrah untuk mencari allah.

Manusia dilahirkan dengan empat sifat/keadaan iaitu nikmat, musibah, taat dan berdosa.

Agama islam sebagai penyatu iaitu allah sebagai pemandu. Agama ini bukanlah pemisah yang memecah belahkan sesama manusia.

Sebagai makhluk allah swt, kita hendaklah sentiasa bersatu padu tanpa mengira jantina , warna kulit, bangsa dan agama. Kita janganlah menghina sesuatu kaum dan kepercayaannya sebaliknya belajar menerima sesuatu yang baik daripada kaum tersebut.

Contohnya, kita sebagai umat islam hendaklah menunjukkan contoh dan teladan yang baik, supaya agama lain berminat untuk mempelajari islam, sesungguhnya islam bukanlah agama yang membebeankan.

Sesungguhnya, kita sebagai manusia sama disisi allah, tiada yang membezakan melainkan amal ibadah yang kita lakukan dibuminya.


Sunday, 4 October 2015

30 September 2015 : Perbincangan Tugasan (Merangka Soalan Temubual)




Dalam perbincangan kumpulan kali ini, kami telah bersama-sama menyediakan beberapa soalan temubual untuk tugasan kedua kami yang bertajuk Kepelbagaian Etnik Di Sabah. Sebelum soalan digunakan semasa menemubual individu yang kami telah pilih untuk tugasan kali ini, kami terlebih dahulu menunjukkan soalan tersebut kepada Ustazah Mahfuzah jika terdapat sebarang pembetulan. Hal ini bagi memastikan soalan-soalan tersebut membolehkan kami mengumpul seberapa banyak informasi yang akan digunakan untuk melaksanakn tugasan ini.

Draf soalan temubual :



CTU555 : ASSIGNMENT 2 KEPELBAGAIAN ETNIK DI MALAYSIA (SABAH)

Kami ditugaskan untuk membuat penyelidikan tentang kepelbagaian etnik di Malaysia dan kami memilih negeri Sabah sebagai tajuk penyelidikan kami. Menurut perangkaan tahun 2010, penduduk Sabah terdiri daripada 30 suku kaum dan bertutur dalam 80 dialek tempatan;

1.    Tuan/Puan tergolong di dalam etnik apa?

2.    Bolehkah Tuan/Puan ceritakan serba sedikit mengenai latar belakang etnik yang dianuti.

3.    Seperti yang kami pelajari, budaya terbahagi kepada 2 iaitu material (budaya rekaan manusia) dan non-material (budaya turun-temurun). Apakah budaya yang etnik Tuan/Puan?

4.    Bolehkah Tuan/Puan kongsikan cerita dongeng, cerita rakyat, dan tarian yang ada dalam etnik Tuan/Puan?

5.    Apakah pakaian tradisional yang melambangkan etnik Tuan/Puan? Mungkin Tuan/Puan boleh ceritakan dengan lebih terperinci tentang perincian pada pakaian tradisional tersebut yang mungkin membawa lambing atau maksud tertentu?

6.    Apakah kegiatan sosio budaya (pendidikan,ekonomi etc) masyarakat Tuan/Puan?

7.    Dalam konteks pendidikan, apakah peranan ahli keluarga dan masyarakat dalam pembentukan akhlak dan perkembangan intelektual? (pendidikan formal/tidak formal).

8.    Dalam konteks ekonomi, apakah kegiatan yang dijalankan oleh etnik Tuan/Puan?

9.    Apakah ritual keagamaan yang dijalankan oleh etnik tersebut?

10.  Apakah nilai kekeluargaan yang diamalkan di dalam etnik tersebut?

i.              Adakah nilai-nilai kekeluargaan tersebut masih subur sehingga kini atau semakin dilupakan?

11.  Bagaimanakah hubungan kemasyarakatan di dalam etnik Tuan/Puan?
i.              Bagaimana pula hubungan kemasyarakatan antara etnik Tuan/Puan dengan etnik-etnik yang lain?


12.  Pada pendapat Tuan/Puan, apakah persepsi Tuan/Puan tentang Islam dan persepsi Tuan/Puan tentang agama lain?