Sunday, 25 October 2015

16 Oktober 2015 (Kelas Ganti) Refleksi Mingguan

Pada tarikh 16 Oktober bersamaan hari Jumaat kami telah sepakat untuk mengadakan kelas ganti bagi menggantikan kelas-kelas terdahulu yang terpaksa ditunda atas sebab-sebab tertentu. Namun, sekali lagi keadaan tidak mengizinkan dan kami terpaksa mengadakan kelas di dalam group Whatsapp sahaja. Ustazah Mahfuzah mengadakan kelas dalam bentuk menghantar pesanan suara. Dalam pesanan suara tersebut, Ustazah menerangkan tentang intipati Surah Al-Hujurat ayat 6 : 

Maksudnya : 

"Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu." Ayat 6


Antara refleksi yang kami dapati ialah :

Nama Pelajar : Fatimah Az Zahra
Nombor Matriks : 2014441954



Nama Pelajar : Nur Afiqah Ishak
Nombor Matriks : 2014653906
1. Kita perlulah selidiki terlebih dahulu tentang berita yang kita dengari sebelum membuat pandangan atau keputusan.
2. Kita janganlah mudah mempercayai kata-kata orang tanpa melihat atau mendengar bukti terlebih dahulu.
3. Kita janganlah mudah menjatuhkan hukuman atau meletakkan pandangan terhadap seseorang tanpa mengenalinya terlebih dahulu.



Nama Pelajar : Nabihah Badlishah
Nombor Matriks : 2014419412
Berdasarkan petikan diatas,sebagai umat manusia yang berilmu juga beragama islam kita hendaklah menyelidik sesuatu berita yang didengari sebelum mengambil sesuatu tindakan. Bukti bukti yang kukuh hendaklah dikemukakan supaya kita tidak menghukum orang sewenang wenangnya.



Nama Pelajar : Nur Fathiah Raihan Ahmad Nizam
Nombor Matriks : 2014625776

Sebagai kesimpulan, kita sebagai manusia perlulah menyelidiki sesuatu perkara itu terlebih dahulu. Dengan akal fikiran yang kita ada, perlulah mencari bukti dan penjelasan dahulu sebelum membuat tindakan sendiri. Hal ini kerana dengan bawaan khabar angin yang tidak disertakan dengan bukti mampu menimpa musibah kepada orang lain.

No comments:

Post a Comment