Wednesday, 7 October 2015

7 Oktober 2015 : Refleksi Kelas Mingguan

Pada minggu ini kami mempelajari topik sambungan daripada pelajaran kelas yang lepas iaitu tentang asal usul kewujudan manusia,

Refleksi :

Nama Pelajar : Nur Afiqah Ishak
Nombor Matriks : 2014653906

1. Sebagai manusia yang berbilang kaum, kita tidak boleh memandang perbezaan dia antara satu sama lain sebagai pemisah sebaliknya memahami dan menerima apa yang baik dan jauhi yang negatif.

2. Kita tidak boleh merasakan kekurangan kita atau kekurangan orang lain sebagai sesuatu yang negatif sebaliknya mencari kelebihan atau hikmah di sebalik itu.
contohnya : kemiskinan orang lain dilihat sebagai pendorong kepada kita untuk membantu dan menyokong mereka dari segi kewangan, kebendaan dan motivasi dan bukanlah menghina.

3. Sebolehnya, kita haruslah mengelak daripada bersangka buruk terhadap seseorang kerana perasaan itu jika tidak dibendung lama kelamaan akan membawa kepada sifat-sifat negatif dalam diri dan hal ini amatlah dimurkai oleh Allah s.w.t.

Nama Pelajar: Nur Fathiah Raihan binti Ahmad Nizam
Nombor Matriks : 2014625776

1. Manusia dilahirkan dan dihidupkan dalam 4 keadaan iaitu:
    - keadaan yang mendapat nikmat
    - keadaan yang mendapat musibah
    - keadaan yang sedang berada dalam keadaan taat
    - keadaan yang berdosa.
2. Walaubagaimanapun, manusia terdapat banyak perbezaan seperti berbilang kaum dan agama, namun di alam roh semua manusia adalah sama dan tidak mempunyai perbezaan. Jasad manusia adalah berbeza yang dilahirkan di muka bumi ini termasuklah:
    - Jantina atau personaliti
    - Saiz
    - Warna kulit
    - Kepercayaan berbeza dari segi agama
    - Keturunan
    - Bahasa

Nama Pelajar: Nabihah bt Badlishah
Nombor Matrik: 2014419412

Allah menjadikan manusia sifat pelupa tetapi allah turunkan kitab al-quran, nabi dan para rasul serta allah bekalkan fitrah untuk mencari allah.

Manusia dilahirkan dengan empat sifat/keadaan iaitu nikmat, musibah, taat dan berdosa.

Agama islam sebagai penyatu iaitu allah sebagai pemandu. Agama ini bukanlah pemisah yang memecah belahkan sesama manusia.

Sebagai makhluk allah swt, kita hendaklah sentiasa bersatu padu tanpa mengira jantina , warna kulit, bangsa dan agama. Kita janganlah menghina sesuatu kaum dan kepercayaannya sebaliknya belajar menerima sesuatu yang baik daripada kaum tersebut.

Contohnya, kita sebagai umat islam hendaklah menunjukkan contoh dan teladan yang baik, supaya agama lain berminat untuk mempelajari islam, sesungguhnya islam bukanlah agama yang membebeankan.

Sesungguhnya, kita sebagai manusia sama disisi allah, tiada yang membezakan melainkan amal ibadah yang kita lakukan dibuminya.


No comments:

Post a Comment