Sunday, 4 October 2015

30 September 2015 : Perbincangan Tugasan (Merangka Soalan Temubual)




Dalam perbincangan kumpulan kali ini, kami telah bersama-sama menyediakan beberapa soalan temubual untuk tugasan kedua kami yang bertajuk Kepelbagaian Etnik Di Sabah. Sebelum soalan digunakan semasa menemubual individu yang kami telah pilih untuk tugasan kali ini, kami terlebih dahulu menunjukkan soalan tersebut kepada Ustazah Mahfuzah jika terdapat sebarang pembetulan. Hal ini bagi memastikan soalan-soalan tersebut membolehkan kami mengumpul seberapa banyak informasi yang akan digunakan untuk melaksanakn tugasan ini.

Draf soalan temubual :



CTU555 : ASSIGNMENT 2 KEPELBAGAIAN ETNIK DI MALAYSIA (SABAH)

Kami ditugaskan untuk membuat penyelidikan tentang kepelbagaian etnik di Malaysia dan kami memilih negeri Sabah sebagai tajuk penyelidikan kami. Menurut perangkaan tahun 2010, penduduk Sabah terdiri daripada 30 suku kaum dan bertutur dalam 80 dialek tempatan;

1.    Tuan/Puan tergolong di dalam etnik apa?

2.    Bolehkah Tuan/Puan ceritakan serba sedikit mengenai latar belakang etnik yang dianuti.

3.    Seperti yang kami pelajari, budaya terbahagi kepada 2 iaitu material (budaya rekaan manusia) dan non-material (budaya turun-temurun). Apakah budaya yang etnik Tuan/Puan?

4.    Bolehkah Tuan/Puan kongsikan cerita dongeng, cerita rakyat, dan tarian yang ada dalam etnik Tuan/Puan?

5.    Apakah pakaian tradisional yang melambangkan etnik Tuan/Puan? Mungkin Tuan/Puan boleh ceritakan dengan lebih terperinci tentang perincian pada pakaian tradisional tersebut yang mungkin membawa lambing atau maksud tertentu?

6.    Apakah kegiatan sosio budaya (pendidikan,ekonomi etc) masyarakat Tuan/Puan?

7.    Dalam konteks pendidikan, apakah peranan ahli keluarga dan masyarakat dalam pembentukan akhlak dan perkembangan intelektual? (pendidikan formal/tidak formal).

8.    Dalam konteks ekonomi, apakah kegiatan yang dijalankan oleh etnik Tuan/Puan?

9.    Apakah ritual keagamaan yang dijalankan oleh etnik tersebut?

10.  Apakah nilai kekeluargaan yang diamalkan di dalam etnik tersebut?

i.              Adakah nilai-nilai kekeluargaan tersebut masih subur sehingga kini atau semakin dilupakan?

11.  Bagaimanakah hubungan kemasyarakatan di dalam etnik Tuan/Puan?
i.              Bagaimana pula hubungan kemasyarakatan antara etnik Tuan/Puan dengan etnik-etnik yang lain?


12.  Pada pendapat Tuan/Puan, apakah persepsi Tuan/Puan tentang Islam dan persepsi Tuan/Puan tentang agama lain?

No comments:

Post a Comment