Monday 28 September 2015

Pluraliti & Pluralistik Melayu : Pluralistik Zaman Pasca Merdeka

Nabihah bt Badlishah
2014419412

PLURALISTIK ZAMAN PASCA MERDEKA

HUBUNGAN ETNIK PASCA MERDEKA

v  Kerjasama erat berlaku selepas merdeka serta sebelum dan selepas pertubuhan Malaysia.
v  Ancaman luar, konfrontasi Indonesia dengan slogan “Ganyang Malaysia” mengeratkan lagi perpaduan kaum.
v  Beberapa dasar digubal oleh kerajaan bagi merapatkan hubungan etnik.
v  Cth: Akta Hasutan 1948 dan Dasar Pendidikan Kebangsaan.

PERUBAHAN SELEPAS MERDEKA

Pluraliti baru dalam masyarakat plural
       Federalisme Berlapis: Persekutuan Tanah Melayu dan Persekutuan Malaysia.
       Perlembagaan dan pembangunan politik.
        Pembangunan berencana (Rancangan pembangunan 5tahun).
       Dasar-dasar khas.

KESAN KEMASUKAN MASYARAKAT PLURALISTIK SELEPAS KEMERDEKAAN DI MALAYSIA

       Politik

       Malaysia dianggap sebagai sebuah negara yang berupaya melaksanakan sistem demokrasi dengan berkesan.
       Demokrasi di negara ini telah berjalan lancar terutamanya semenjak pilihan raya umum pertama tahun 1955, dimana tiga kumpulan etnik iaitu Melayu, Cina dan India telah bersatu untuk mendesak British memberikan kemerdekaan
       Selepas era 1960an perjalanan politik terus berkembang dinamik. Kerjasama parti-parti politik dalam pakatan parti pemerintah telah berkembang dengan peningkatan keahliannya.
       Cth: Penubuhan Barisan Nasional 1974.

       Perlembagaan

       Kontrak sosial merupakan satu kesepakatan yang telah dirunding, pembentukan parti-parti politik etnik dan “coalition” sebagai model permuafakatan politik (Parti Perikatan, Barisan Sosialis, Barisan Nasional, Barisan Alternatif).
       Perlembagaan merupakan panduan asas kepada perlaksanaan sistem politik di negara ini.
       Perlembagaan mencatatkan kontrak sosial dipersetujui bersama antara kaum di negara ini.
       Perlembagaan merupakan panduan asas kepada perlaksanaan sistem politik di negara ini.
       Mencatatkan kontrak sosial dipersetujui bersama antara kaum di negara ini.
       Dari segi sejarah terdapat dua peringkat kontrak sosial di Alam Melayu iaitu:
       Berlaku pada zaman pluraliti iaitu janji setia dan saling menghormati antara rakyat daan raja. Ia diistilahkan sebagai wa’ad.
       Berlaku dalam konteks masyarakat plural hasil daripada syarat dikenakan oleh pihak British untuk memberikan kemerdekaan kepada Malaysia.
       Kontrak sosial pertama: Demang Lebar Daun mewakili rakyat, Sang Sapurba mewakili raja atau pemerintah.
       Kontrak sosial kedua: hasil daripada syarat British untuk kemerdekaan Tanah Melayu.
       Orang Melayu bersetuju memberi taraf kerakyatan kepada orang bukan Melayu.
       Orang bukan Melayu bersetuju keatas peruntukan hak-hak istimewa orang Melayu.
       Setiap etnik mempunyai wakil dalam bentuk parti politik dan mencapai persepakatan untuk hidup aman dan damai.
       Dengan itu, terbentuklah CLC (Communities Liasion Committee/Perhubungan Antara Kaum) pada tahun 1949, usaha Tan Cheng Lock dan Dato’ Onn Jaafar.

       Pendidikan

       Kerencaman sistem pendidikan zaman British baik dari segi jenis sekolah, kurikulum, orientasi dan sebagainya telah diteruskan selepas merdeka.
       Usaha penyeragaman sistem pendidikan bermula ketika negara di ambang kemerdekaan dengan penubuhan jawatankuasa mengkaji sistem pendidikan yang kemudiannya melahirkan penyata Razak 1956 dan Penyata Rahman Talib 1960.
       Matlamat utama kedua-dua penyata tersebut adalah untuk menyatukan kanak-kanak berbilang bangsa di Kebangsaa yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar tunggal (Wan Hashim, 1983).
       Semasa penjajahan dibahagi kepada tiga peringkat:
       Pendidikan British rendah dan menengah (elit MCI).
       Sekolah Melayu peringkat rendah (dibantu oleh British, untuk menjadi petani yang lebih baik). Terdapat juga sekolah agama/Quran.
       Sekolah Venakular Cina dan India.
       Akta Pendidikan 1957
       Sekolah pelbagai aliran masih dibenarkan dengan bahasa ibunda masing-masing sebagai Bahasa Penghantar.
       Bahasa Melayu diwajibkan di Sekolah Cina dan Tamil kerana Bahasa Melayu menjadi Bahasa Kebangsaan.
       Mata pelajaran Sejarah dan Geografi mestilah bercirikan Malaysia.

       Ekonomi

       Pada tahun 1957 kerajaan telah menggiatkan ekonomi dan mengatasi pelbagai masalah sosio-ekonomi dan sosio-politik. Rancangan pembangunan ekonomi negara dibahagikan kepada empat peringkat:
       Rancangan pramerdeka iaitu meliputi Rangka Pembangunan Persekutuan Tanah Melayu (1950-1955) dan Rancangan Persekutuan Tanah Melayu Pertama (1956-1960)
       Rnacangan selepas merdeka, merangkumi Rancangan Persekutuan Tanah Melayu Kedua (1961-1965) dan sebahagian daripada Rancangan Malaysia Pertama (1966-1970)
       Perancangan dalam era dasar Ekonomi Baru
       Dasar Pembangunan Negara
       Sistem ekonomi dualisme ini merujuk kepada dua orientasi dan tumpuan yang berbeza namun bergerak seiringan dengan garis etnik:
       Sistem ekonomimoden yang mendominasi keseluruhan organisasi pengeluaran. Contohnya getah dan bijih timah.
       Sistem ekonomi tradisional yang didefinisikan dengan sektor ekonomi pertanian. Komoditi utamanya ialah padi dan perikanan. Teknik pengeluarannya, pemasaran, tenaga kerja serta modal adalh didominasi oleh etnik Melayu. Ia bercirikan budaya luar bandar (Ness, 1976).
       Isu yang berkaitan dengan ekonomi memerlukan iltizam yang kuat daripada semua pihak untuk merapatkan jurang yang sedia ada.
       Keperluan untuk memperbetulkan kedudukan dimensi ekonomi ini amat mendesak kerana ia menjadi sebagai salah satu asas utama dalam memupuk kerjasama antara etnik.
       Ketidakseimbangan kedudukan ekonomi berdasarkan etnik juga harus diatasi kerana ia menjadi sumber pencetus konflik. Sebagai contoh peristiea 13 Mei 1969.

KESIMPULAN

v  Kedatangan penjajah bukan sahaja mewujudkan masyarakat pluralistik, membahagikan Alam Melayu kepada negara-negara yang lebih kecil, tetapi juga mewujudkan  sistem hidup barat seumpama politik, ekonomi, pendidikan dan sebagainya.
v  Semangat kerjasama rakyat yang berbilang etnik telah membawa kemerdekaan Alam Melayu seperti Malaysia, Indonesia dan sebagainya.

v  Usaha-usaha kearah mempereratkan lagi kerjasama ini perlu diperkukuhkan bagi memastikan negara terus berada dalam suasana aman dan harmoni.

No comments:

Post a Comment