Sunday, 27 September 2015

Pluraliti & Pluralistik Melayu : Pluraliti Sebelum Zaman Melayu Melaka

Nama Pelajar : Nur Afiqah Ishak

Nombor Matriks : 2014653906

PLURALITI SEBELUM ZAMAN MELAYU MELAKA

•       Sebelum wujudnya pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka, Tanah Melayu dahulunya ditadbir oleh beberapa kerajaan yang berjaya menakluki Tanah Melayu dengan kekuasaan mereka.
•       Antara kerajaan yang pernah mentadbir Tanah Melayu ialah Kedah Tua, Srivijaya, Majapahit dan Palembang.
•       Tanah Melayu pada ketika itu didatangi kuasa luar yang mempunyai pengaruh serta kepentingan mereka sendiri.
•       Hasil bumi yang terdapat di Tanah Melayu dijadikan sebagai sumber ekonomi antaranya rempah ratus, bijih timah, hasil-hasil hutan seperti rotan, gambir serta pelbagai lagi.
•       Disebabkan kedatangan orng asing dari luar ke Tanah Melayu, pluraliti yang wujud pada masa itu adalah secara semulajadi dan tanpa paksaan.
•       Ini kerana, kepelbagaian bangsa dan agama yang wujud dapat bersatu secara aman.
•       Contohnya,di Jawa terdapat seorang Raja Hindu yang menggunakan nama Arab.
•       Pemimpin-pemimpin pada ketika itu juga bersifat terbuka untuk menerima pengaruh budaya dan agama luar yang berlainan.
•       Di Champa, Raja Melayu dan rakyatnya menganut agama Hindu tetapi telah bertukar kepada agama Islam semasa abad ke -16.
•       Ini menunjukkan perbezaan agama dan bangsa boleh diatasi dengan toleransi dan pemahaman terhadap agama dan bangsa yang berlainan.

FAKTOR-FAKTOR

•       Hubungan baik pemerintah tempatan dengan pemerintah luar.
•       Contoh : kerajaan Kedah Tua menghantar bunga emas kepada Siam.
•       Kedatangan pendatang-pendatang asing dari luar.
Contoh : pedagang dari Arab, Parsi , China, India dan Barat datang berdagang di Kedah
•       Pemimpin yang bersifat terbuka.
•       Contoh : Raja Merong Mahawangsa iaitu pemerintah kerajaan Kedah Tua memeluk Islam dan menukar nama kepada Sultan Muzaffar Shah.
•       Lokasi kerajaan yang strategik
•       Contoh : Lokasi kerajaan Kedah Tua yang berdekatan laut menjadi tarikan kepada pedagang dari Arab, Parsi, India , China dan Barat.




No comments:

Post a Comment