Sunday, 27 September 2015

Pluraliti & Pluralistik Melayu : Pluraliti Semasa Zaman Kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka

Nama Pelajar : Nur Afiqah Ishak

Nombor Matriks : 2014653906

PLURALITI SEMASA ZAMAN KEGEMILANGAN KESULTANAN MELAYU MELAKA



*Kawasan jajahan Kesultanan Melayu Melaka*


•       Kesultanan Melayu Melaka merupakan institusi pemerintahan melayu tertua yang wujud di alam melayu.
•       Sebelum pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka, Tanah Melayu pernah diperintah dan ditadbir oleh beberapa kerajaan antaranya Srivijaya, Majapahit dan Palembang.
•       Kesultanan Melayu Melaka merupakan warisan Kerajaan Srivijaya yang berpusat di Palembang, Sumatera Tenggara.
•       Pembentukan Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka yang dikatakan bermula pada 1262 berdasarkan kajian mendalam terhadap naskah Melayu agung iaitu Sulaltus Salatin (edisi Raflles , MS18).
•       Pembentukan Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka menunjukkan kekuatan kuasa pemerintahan tempatan yang berkemampuan mentadbir tanah air sendiri.







FAKTOR-FAKTOR

•       Hubungan perdagangan dengan negeri-negeri luar seperti Arab, India dan China.
•       Tanah Melayu bertindak sebagai pusat penyebaran agama Islam pada ketika itu.
•       Pemerintah yang berwibawa memerintah dan mentadbir negara.
•       Perlaksanaan dasar pelabuhan dan perdagangan bebas mewujudkan sifat keterbukaan.
•       Pemerintah yang cintakan ilmu pengetahuan.

KESAN-KESAN

•       Wujud interaksi antara penduduk Tanah Melayu dengan pedagang luar.
•       Penyebaran agama Islam oleh pedagang-pedagang Arab berlaku di Tanah Melayu.
•       Hubungan perkahwinan dengan orang luar.
•       Contoh : Raja Melaka yang telah berkahwin dengan Puteri Hang Li Po dari China atas dasar hubungan diplomatik.
•       Wujud masyarakat majmuk melalui perkahwinan.
•       Contoh : Perkahwinan campur antara masyarakat melahirkan kaum baru seperti Baba dan Nyonya iaitu perkahwinan campur antara Melayu dengan China, keturunan Arab dan sebagainya. 

No comments:

Post a Comment