Sunday 27 September 2015

14 September 2015 : Perbincangan Tugasan & Pengagihan Tugasan



14 September bersamaan hari Isnin minggu kedua sesi kuliah, kumpulan kami bercadang untuk berjumpa di perpustakaan kampus dan berbincang mengenai tugasan yang telah kami perolehi daripada Ustazah Mahfuzah minggu sebelumnya.

Hasil perbincangan kali ini, kami telah mula menyenaraikan nama-nama individu untuk ditemubual untuk tugasan kedua kami bertajuk Kepelbagaian Etnik di Sabah. Kami menyenaraikan nama-nama kenalan-kenalan kami dan keluarga kami untuk memilih yang sesuai.

Kami juga telah mula mencari bahan-bahan dan informasi yang sesuai untuk tugasan pertama kami iaitu pembentangan bab bertajuk Pluraliti & Pluralistik Melayu.

No comments:

Post a Comment