Sunday 27 September 2015

9 September 2015 : Refleksi Kelas Mingguan

Pada kelas kali ini, kami telah mula mempelajari tentang asal usul kewujudan manusia, di mana manusia akan melalui 5 alam kehidupan iaitu ;

i. Alam Roh
ii. Alam Rahim
iii. Alam Dunia
iv. Alam Kubur
v. Alam Kiamat/Akhirat

Daripada apa yang telah dipelajari, antara refleksi yang dapat disenaraikan ialah :

Nama Pelajar : Nur Afiqah Ishak
Nombor Matriks : 2014653906

1. Sebagai manusia khususnya umat Islam, kita haruslah berusaha mendalami Islam dan berusaha meningkatkan keimanan serta ketaqwaan kita kepada Allah s.w.t. kerana semasa di alam roh kita telah mempersetujui perjanjian untuk mengakui Allah s.w.t. sebagai Tuhan dan menjalankan kewajipan,
2. Sebagai manusia, kita haruslah mempunyai matlamat hidup yang jelas iaitu melaksanakan tanggungjawab dan kewajipan kita.
3. Sebagai manusia yang lemah dan lalai, kita haruslah sentiasa menjadikan kelemahan serta kegagalan kita sebagai pendorong untuk menjadi yang lebih baik kerana kita haruslah memandang segala perkara yang berlaku kepada kita sebagai ujian dan rahmat dari Allah s.w.t.

Nama Pelajar : Nur Fathiah Raihan binti Ahmad Nizam
Nombor Matriks : 2014625776

1. sebagai manusia, kita haruslah menyedari bahawa kewujudan Allah itu adalah tidak bertempat dan tidak terikat dengan masa.
2. Untuk selama-lamanya, kita telah berjanji dengan Allah bahawasanya Allah s.w.t ialah Tuhan kita. Perjanjian dengan Allah ini adalah secara sukarela dan sedar kerana itu merupakan perjanjian pengabdian diri kita dengan Allah s.w.t.
3. Sesungguhnya semua umat manusia mempunyai fitrah. Fitrah yang dimaksudkan termasuklah semua manusia adalah sama di sisi Allah, setiap manusia mempunyai fitrah bertuhan serta mempunyai fitrah bersatu-padu.

No comments:

Post a Comment