Nama Pelajar : NABIHAH BT BADLISHAH
Nombor Matriks : 2014419412
Nama Pelajar : Nur Afiqah Ishak
Nombor Matriks : 2014653906
10. Apakah hak dan tanggungjawab pemimpin kepada rakyat?
Nombor Matriks : 2014419412
7.
Huraikan
ukuran pencapaian pembangunan politik sesebuah negara. Berikan contoh dalam konteks negara Malaysia.
Pembangunan politik
merupakan satu proses perubahan atau transformasi secara berencana yang
melibatkan perubahan dalam tadbir urus negara daripada cara lama kepada cara
baru dan terkini. Kejayaan proses pembangunan politik biasanya diukur
berdasarkan kerjasama pelbagai etnik mewujudkan perpaduan, keharmonian,
pembangunan dan kemakmuran negara.
Bagi sesebuah negara
demokrasi seperti Malaysia, proses pembangunan politik melibatkan empat
komponen utama iaitu parti-parti politik, majlis perwakilan rakyat atau parlimen,
perlembagaan negara dan pilihan raya untuk menentukan kewujudan amalan
demokrasi dinegara ini.
8.
Huraikan
matlamat pembangunan politik menurut Islam?
Pembangunan politik
semestinya merupakan aspek utama dalam pembangunan sesebuah negara. Islam dan
politik sememangnya tidak boleh dipisahkan. Jika kita menyelami model pembangunan
yang berteraskan ekonomi sekular, moral, kerohanian dan agama dianggap berasingan daripada kegiatan ekonomi, politik, sosial
dan budaya. Nilai moral, kerohanian dan agama diberikan penilaian yang rendah
berbanding dengan perkara-perkara lain. Dengan kata lain, Barat lebih
menekankan unsur ekonomi sebagai penggerak dan matlamat pembangunan mereka.
Sebaliknya aspek kerohanian diketepikan dan Pencipta dianggap tidak
mempunyai peranan dalam pembangunan manusia. Ini amat berbeza dengan konsep pembangunan yang cuba diterapkan oleh Islam
kerana menurut Islam, pembangunan adalah sebahagian daripada Islam itu sendiri.
Pembangunan dalam Islam adalah keupayaan bersama untuk meningkatkan
kesejahteraan masyarakat keseluruhannya sama ada di dunia mahupun di akhirat
dalam satu proses yang harmonis dan dinamis.
Justeru, pembangunan politik
pada sesebuah negara mempunyai matlamat dan tujuan tersendiri. Sebagai negara
Islam, pembangunan politik bertujuan untuk membina
negara bangsa iaitu suatu wilayah yang mempunyai sempadan, pemerintahan atau
kerajaan dan warganegara atau bangsa. Maksudnya disini, pembangunan politik
itu merupakan satu aspek penting dalam pembentukan wilayah, dimana dalam
politik itu tersendiri wujudnya sistem pemerintahan atau kerajaan juga
warganegara, kerakyatan dan bangsa sesebuah negara. Selain daripada itu,
matlamat pembangunan politik adalah untuk melaksanakan
perubahan dari struktur dan budaya iaitu perubahan daripada cara tradisional
kepada cara terkini atau moden. Ianya dapat dijelaskan melalui pembentukan
politik serta pembangunannya hari ini di negara Malaysia yang mana telah
membawa banyak perubahan bukan sahaja dari struktur pemerintahan dan
pentadbiran malah juga dari segi budaya yang seperti mana semua orang tahu
masyarakat di negara ini terbiasa dengan cara hidup tradisonal. Dengan adanya
politik dan berlakunya pembangunan dari satu masa ke satu masa maka semua
masyarakat dapat lihat bahawa adanya satu perubahan cara hidup tradisional
kepada cara hidup moden.
9.
Apakah
hak dan tanggungjawab rakyat kepada pemimpin negara?
Dalam
sebuah negara Islam masyarakat mempunyai hak-hak tertentu dalam pelbagai aspek
seperti hak-hak untuk mendapatkan keadilan, hak persamaan, hak kebebasan dan
lain-lain.
1. Hak
Untuk Mendapat Keadilan
Para
ulama’ meletakkan prinsip utama yang perlu ada bagi sesebuah kerajaan Islam
ialah bersifat adil ataupun al-Adalah. Makna adil itu ialah meletakkan sesuatu
kena pada tempatnya. Dalam menegaskan kewajipan menegakkan keadilan dan menolak
al-Quran menjelaskan perkara tersebut di dalam banyak ayat misalnya dalam ayat
58 surah al-Nisa’ .
Islam
tidak hanya menjadikan keadilan sebagai salah satu prinsip pemerintahan yang
bersifat teori bagi mewujudkan sebuah masyarakat yang hidup aman dan damai.
Sebaliknya ia menekankan ketua masyarakat itu mestilah terdiri di kalangan
mereka yang paling adil bagi memastikan keadilan itu benar-benar tercapai. Yang
dikatakan adil itu ialah antaranya kerajaan Islam mestilah menyamakan taraf
kedudukan sesama manusia dalam bermuamalah, menyerahkan tugas dan jawatan
kepada seseorang menurut kelayakan mereka, serta tidak melebihkan golongan
masyarakat tanpa pertimbangan yang adil atau sepatutnya.
Sebenarnya
ruang lingkup keadilan sangat luas. Ia meliputi segenap aspek kehidupan
manusia. Para pemerintah terutamanya, mesti bertindak dengan adil di dalam
menyelesaikan perselisihan di kalangan rakyatnya. Mereka juga mesti bersifat
adil walaupun dengan musuh. Walaupun adanya sikap permusuhan, ia hendaklah
tidak mendorong mereka untuk berlaku tidak adil. Kerajaan mestilah menjamin
keadilan terlaksana di dalam negara. Sesuatu yang bercanggah dengan prinsip
keadilan tidak boleh diterima dan ia mesti dihapuskan.
2. Hak Untuk Mendapat
Kebebasan
Sistem
politik Islam memberikan kebebasan kepada individu dan menganggapnya sebagai
kehormatan manusia. Kebebasan hakiki yang ditegaskan oleh Islam ialah
kemerdekaan jiwa dari dikuasai hawa nafsu dan syahwat dengan menundukkannya
kepada kuasa akal dan iman.
a) Kebebasan
Peribadi
Kebebasan
peribadi bermaksud hak individu untuk bergerak bebas dan hak mendapatkan perlindungan
daripada sebarang pencerobohan. Individu tidak boleh ditangkap, dihukum atau
dipenjara kecuali mengikut undang-undang. Kebebasan peribadi juga bermaksud
kebebasan individu untuk keluar masuk negara. Kebebasan individu dalam
pengertian di atas telah dijamin di dalam syariat Islam. Islam menganggap
pencabulan terhadapnya sebagai satu kezaliman. Perbuatan zalim itu pula
dianggap haram. Untuk memelihara kebebasan individu daripada semua bentuk
pencabulan, Islam telah memperuntukkan undang-undang yang melarang pencabulan
terhadap nyawa, anggota dan kehormatan individu.
Kebebasan
individu di dalam Islam adalah tidak mutlak. Ia dibatasi oleh
peraturan-peraturan sejajar dengan sifat semula jadi, keadaan dan peranan
manusia di dunia. Terdapat dua perkara yang mengikat kebebasan manusia :
i.
Ikatan yang bertujuan untuk mengawal tatacara hidup sehingga dengan sekatan itu
manusia tidak akan terjerumus ke dalam jurang yang tidak layak bagi seorang
manusia dan sebaliknya hanya akan menjatuhkan maruah serta kehormatannya.
ii.
Ikatan yang bertujuan mengawal hubungan manusia dengan manusia lain di dalam
masyarakat. Sama ada hubungan individu dengan individu, individu dengan
masyarakat, masyarakat dengan individu atau masyarakat dengan masyarakat. Tanpa
pengawalan terhadap hubungan-hubungan ini, hak manusia akan diabaikan,
kezaliman akan berleluasa dan sistem akan kucar kacir. Kesemua ini akan membawa
kehancuran kepada manusia.
b) Kebebasan
Bersuara
Di
dalam kerajaan Islam, kebebasan individu untuk memberikan pendapat merupakan
hak individu yang amat penting. Kerajaan tidak boleh menyekatnya dan individu
juga tidak boleh bertolak ansur di dalam mendapatkan hak tersebut. Kebebasan
mengeluarkan pendapat ini amat penting kerana ia merupakan pengiktirafan kepada
manusia dan pendapatnya. Ia juga amat penting kerana mendorong manusia
menunaikan tanggungjawabnya kepada Islam. Amr bil Makruf dan Nahyu An al-Munkar
merupakan suatu kewajipan yang penting di dalam Islam. Ia tidak dapat
dilaksanakan tanpa kebebasan memberikan pendapat. Oleh sebab itulah pemerintah
di dalam negara Islam hendaklah memberikan penumpuan untuk mendidik rakyatnya
supaya bebas berfikir dan memberikan pendapat.
Bagaimanapun
kebebasan berfikir dan bersuara ini terikat kepada beberapa pembatasan iaitu:
i.
Tujuan yang baik dan niat yang ikhlas. Hak kebebasan ini digunakan untuk
mendapat keredhaan Allah. Ini hanya akan berlaku dengan menjadikan kebebasan
berfikir dan bersuara ini sebagai alat untuk mendapatkan hak, membela
masyarakat serta memberi nasihat kepada umat Islam secara umum dan kepada para
pemimpin secara khusus sejajar dengan perintah Allah.
ii.
Tidak menggunakan idea dan pemikiran tersebut ke arah kemaksiatan, fitnah,
dusta ataupun mendatangkan kekeliruan kepada umat Islam terutamanya dalam
hal-hal yang berkaitan dengan aqidah dan syariat. Sebaliknya ia mestilah
digunakan untuk membawa masyarakat kepada peningkatan iman, ilmu, motivasi,
daya juang, pembangunan tamadun kemanusiaan yang unggul.
c) Kebebasan
Beragama
Islam
sangat menghormati kebebasan berakidah oleh manusia sejagat. Umat Islam tidak
boleh memaksa orang bukan Islam memeluk Islam sebaliknya digesa menggunakan
pendekatan dakwah secara berhikmah dan mencari pula di antara pendekatan
dakwah, mana yang terbaik untuk digunakan.
Kebebasan
beragama hanya akan terbentuk di dalam jiwa manusia dengan tiadanya unsur
tekanan ke atasnya. Asas aqidah yang tulen mestilah didasarkan kepada pemikiran
yang sempurna iaitu rasional akal memberikan penjelasan tanpa berlaku taqlid.
Aqidah yang bebas mestilah terbentuk daripada tiga asas utama:
i)
Pemikiran yang merdeka daripada ketaksuban, taqlid, hawa nafsu.
ii)
Tidak boleh adanya penipuan dan pemaksaan dalam berdakwah. Seseorang itu tidak
dikatakan merdeka jika masih dipengaruhi oleh tipudaya yang berbentuk kewangan,
jawatan atau pangkat.
iii)
Tindakan yang berasaskan kehendak aqidah yang menjadi asas kepercayaan
seseorang.
Kebebasan
Hak Milik
Islam
mengiktiraf kebebasan milik dan hak memiliki sesuatu. Islam menghormati dan
mengharamkan pencabulan terhadapnya. Islam menganggap pencabulan ke atas milik
individu sebagai satu kesalahan yang perlu dijatuhkan hukuman berat.
Kebebasan
milik individu merupakan satu kaedah hidup dan kaedah ekonomi di dalam Islam.
Kaedah ini tidak akan dicanggahi kecuali di dalam keadaan darurat.
Pengiktirafan ke atas kebebasan milik individu ini sejajar dengan fitrah dan
sifat kemanusiaan, dan secocok dengan kecenderungan semula jadi. Kecenderungan
ini mendapat perhatian dan penilaian Islam di dalam usaha membentuk masyarakat.
d) Kebebasan
Berpolitik
Kebebasan
berpolitk adalah asas kepada kejayaan sesebuah kerajaan. Ia juga merupakan
sumber kekuatan dan kemajuan umat. Dengan kebebasan berpolitik, kemuliaan dan
kehormatan manusia dapat dipelihara, nilai-nilai dan akhlak mulia dapat
berkembang, pemikiran dan kebijaksanaan manusia bebas terbuka, keadilan
terpelihara, kebahagiaan dan kemakmuran akan menguasai negara. Dengan itu
manusia akan hidup bahagia dan kehidupan itu akan terasa kemanisannya. Islam
telah memberikan kebebasan berpolitik kepada individu. Sirah Rasulullah s.a.w.
telah membuktikannya. Islam mengajar bahawa negara yang lahir ke dunia bukanlah
kerana keistimewaan orang tertentu. Sebaliknya, ia lahir bersama kelahiran
agama Islam di dalam masyarakat jahiliyyah yang jahil erti negara, dasar
pemerintahan dan prinsip siasah. Seorang ketua negara tidak akan memegang kuasa
pemerintahan kecuali dengan pemilihan daripada umat. Perlantikannya bertujuan
untuk memelihara agama dan kepentingan ummah. Secara ringkasnya kebebasan
berpolitik ialah masyarakat berhak untuk memilih pemimpin dan berhak untuk
dipilih menjadi pemimpin. Ia termasuk juga hak untuk menjawat jawatan dalam
perkhidmatan awam dalam negara. Islam memberikan hak ini kepada semua rakyat
yang berkelayakan dalam negara Islam. Orang-orang kafir dhimmi pun dibenarkan
untuk menjawat jawatan awam dan menjadi seorang menteri dalam negara islam.
e) Hak-hak
Persamaan
Persamaan
merupakan prinsip utama di dalam sistem politik Islam bagi menjamin wujudnya
keadilan. Ia menjadi prasyarat bagi keadilan, yang tidak akan sempurna di dalam
negara Islam jika sekiranya kerajaan tidak mengamalkan konsep persamaan di
kalangan rakyatnya. Justeru itu kerajaan Islam mestilah melaksanakan dasar yang
samarata terhadap rakyatnya dari segenap aspek undang-undang, sosial,
pendidikan, politik dan terutamanya di dalam mengecapi hak-hak asasi, tidak
kira sama ada lelaki atau wanita, Islam atau bukan Islam.
Hakikat
ini merujuk kepada Islam telah menegaskan bahawa manusia berasal daripada asal
usul yang sama iaitu Adam manakala Adam pula dicipta dari tanah. Sementara
perbezaan susur galur keturunan, budaya, bahasa dan sebagainya merupakan
keistimewaan kejadian manusia dan tanda kebesaran Allah s.w.t. Manusia mestilah
menjadikannya sebagai suatu kebaikan dan sebab untuk mereka saling mengenali
dan berkasih sayang ataupun mengatur kehidupan mereka menurut pengertian yang
lebih luas.
Tanggungjawab
Rakyat/Masyarakat kepada Pemipin
Antara
tanggungjawab masyarakat terhadap pemerintah berlandaskan Islam ialah
sebagaimana berikut:
a) Memberikan Taat
setia kepada pemerintah.
Menurut
panduan Islam setelah memilih Ketua Negara maka masyarakat bertanggungjawab
memberikan ketaatan kepada pemimpin yang dipilih itu. Ketaatan masyarakat
kepada pemimpin adalah wajib selama mana ia tidak bercanggah dengan syariah
Islam.
b) Bekerjasama dengan
para pemimpin untuk melaksanakan tanggungjawab keagamaan dan mempertahankan
negara dari ancaman musuh.
Maksud
tanggungjawab keagamaan ialah menjaga agama dengan melaksanakan hukum hakamnya
serta menegakkan hukum ke atas semua yang menyeleweng dan melanggar ajarannya.
Ini termasuklah menjelaskan aqidah yang benar, hakikat keimanan, akhlak dan
hukum hakam. Selain itu masyarakat juga bertanggungjawab mencegah penyebaran
ajaran sesat dan amalan khurafat di kalangan umat Islam, serta menghalang
sebarang penyelewengan dan menghukum para penjenayah.30
Memerangi
musuh yang mengancam keselamatan negara Islam adalah menjadi tanggungjawab
masyarakat dan para pemimpin. Ini termasuklah menjaga keamanan negara
supaya
rakyat dapat hidup dengan aman dan bebas. Rakyat dan pemerintah
bertanggungjawab menyediakan segala kelengkapan dan kekuatan untuk menghadapi
musuh-musuh Islam. Masyarakat Islam berkewajipan memerangi orang yang menentang
ajaran Islam setelah diberikan penerangan mengenainya.
c) Bertanggungjawab
melaksanakan dasar dan menyokong program-program pemerintah yang tidak
bercanggah dengan Islam.
Masyarakat
berkewajipan membantu menghidupkan syiar agama dalam negara seperti membenarkan
azan dilaungkan, mendirikan solat Jumaat, solat hari raya, menentukan permulaan
Ramadhan, menguruskan jemaah Haji dan syiar-syiar Islam yang lain.
d) Menunaikan Hak-Hak
Kewangan Kepada Negara
Hak-hak
kewangan ini contohnya adalah zakat bagi orang Islam dan kharaj bagi ahl
a-dzimmah.
Masyarakat
juga berkewajipan membantu pemerintah memungut, mengurus dan mengagihkan
kutipan zakat dikalangan umat Islam. Termasuk juga pentadbiran harta iaitu
merangka pemberian dari harta Baitulmal dengan adil dan saksama tanpa
pembaziran dan membuat pembayaran yang tepat pada waktunya.
e) Melaksanakan al-Amr bi al-Ma‘ruf dan al-Nahy ‘An
al-Munkar
Al-amr
bi al-ma‘ruf bermaksud menyuruh kepada kebaikan iaitu perkara-perkara yang
diredhai Allah manakala al-nahy ‘an al-munkar bermaksud melarang kemungkaran iaitu
perkara-perkara maksiat. Kedua-dua tugas ini sebenarnya adalah merupakan
tanggungjawab ke atas seorang muslim yang beriman sebagai syarat untuk
mengelakkan kehidupan yang sia-sia selain melakukan amalan kebaikan. Di dalam
al-Quran dan hadith, banyak ayat yang menuntut umat Islam supaya menyeru
kebaikan dan melarang kejahatan.
Nama Pelajar : Nur Afiqah Ishak
Nombor Matriks : 2014653906
10. Apakah hak dan tanggungjawab pemimpin kepada rakyat?
Prof
Dr. A.L. Ramaiah (1992) menyatakan maksud kepimpinan sebagai satu fenomena
proses manusia menggunakan kemahiran akal fikiran dan potensinya yang
melibatkan keupayaan, kebolehan, kebijaksanaan seseorang untuk memerintah,
mengarah, mendorong atau mempengaruhi. Manakala maksud kepimpinan dalam konteks
sekolah adalah merujuk kepada satu aspek tingkah laku Pengetua dan juga sejenis
pengaruh. Kesimpulannya, pemimpin ialah individu yang dipilih untuk memimpin
orang-orang di bawahnya berdasarkan potensi dan keupayaannya.
Nabi Muhammad s.a.w. pernah
bersabda “setiap kalian adalah ra’in (orang yang diberi tanggungjawab dan
amanah) dan setiap kalian akan ditanya tentang rai’iyahnya (orang yang di bawah
tanggungjawab dan di bawah amanah). Setiap manusia yang dilahirkan di muka bumi
ini telah tergalas dengan tanggungjawab masing-masing. Iaitu tanggungjawab
terhadap diri sendiri, keluarga, agama dan Negara. Namun
begitu, ada dalam kalangan kita manusia yang dipilih untuk memimpin orang lain
seperti contoh pemimpin Negara iaitu Perdana Menteri. Sebagai pemimpin, mereka
mempunyai tanggungjawab yang amat besar untuk digalas. Pemimpin selalunya
terpilih dalam kalangan yang berpotensi untuk mengarah serta mengurus orang
bawahan berdasarkan cirri-ciri kepimpinan yang ada padanya. Antara ciri-ciri
seorang pemimpin ialah jujur, amanah, bertanggungjawab, positif, bijaksana
serta berani.
Selain daripada bertanggungjawab terhadap orang bawahan, pemimpin
juga mempunyai hak tersendiri yang seharusnya dimiliki daripada rakyat. Nabi
Muhammad s.a.w. di dalam hadis berkata ketika ditanya Salamah bin Yazid
Al-Ju’fi r.a.. Ertinya , “Wahai Rasulullah, apa pendapatmu jika pemimpin kami
adalah pemimpin yang meminta kepada kami hak mereka dan tidak memberikan kepada
kami hak kami?”. Baginda menjawab , “Dengar dan taatilah kalian. Sesungguhnya
kewajipan mereka apa yang dibebankan ke atas mereka dan kewajipan kalian adalah
apa yang dibebankan ke atas kalian” (Riwayat Muslim).
Nabi
Muhammad s.a.w. turut memerintahkan kepada rakyatnya untuk taat kepada
pemimpin. Dalam konteks ini, pemimpin berhak memiliki ketaatan rakyat
terhadapnya. Namun, rakyat haruslah bijak membezakan di antara baik dan buruk
sesuatu perkara. Nabi Muhammad s.a.w. menggalakkan ketaatan rakyat terhadap
pemimpin tetapi hanya terhadap perkara-perkara yang membawa kepada kebaikan
serta menjauhi kejahatan. Seperti sabda Rasulullah s.a.w. di dalam hadis,
ertinya, “Sesungguhnya ketaatan itu hanyalah dalam perkara yang baik” (Riwayat
Al-Bukhari dan Muslim daripada ‘Ali r.a.).
Oleh itu, selagi apa yang diarahkan oleh pemimpin ialah perkara
kebaikan, maka wajib supaya rakyat untuk mentaati pemimpin itu dan melakukan
apa yang diarahkannya. Nabi Muhammad s.a.w. bersabda. “Barang siapa yang
mematuhi pemimpin bererti dia telah mematuhiku dan barang siapa yang
menderhakai pemimpin bererti ia telah menderhakaiku.” (riwayat Muslim, No.
3417). Namun, jika pemimpin menyuruh kita melakukan perkara kejahatan atau
melanggar apa yang diperintah oleh Allah s.w.t., rakyat tidak boleh bertindak sesuka
hati dan mengikut emosi sebaliknya terdapat cara yang berhemah untuk menegah
kemungkaran yang dilakukan oleh pemimpin tersebut. Antaranya, ialah dengan
menasihati dan menegur pemimpin tersebut dengan cara yang baik. Disebut oleh
Al-Imam Al-Barbahari, ciri-ciri Ahli Sunnah Wal jamaah, antaranya ialah mereka
sering mendoakan kebaikan untuk pemimpin mereka. Tidak boleh mendoakan
kehancuran, kemusnahan, dan keburukan kepada pemimpin Muslim.
Antara
tanggungjawab pemimpin kepada rakyat ialah memimpin rakyat ke arah kebaikan. Nabi
Muhammad s.a.w. menjelaskan peranan pemimpin dalam sebuah hadis ertinya “Tidak
ada seorang hamba yang Allah pimpinkan kepadanya orag-orang dia mati dalam
keadaan ia menipu orang-orang yang dipimpinnya kecuali Allah telah mengharamkan
atasnya syurga” (Riwayat Muslim). Oleh itu, sebagai pemimpin yang baik haruslah
mengajak rakyat melakukan kebaikan seperti menganjurkan majlis-majlis agama
dengan lebih kerap, mewujudkan dasar-dasar Negara yang berteraskan syariah
Islam serta melaksanakan undang-undang Islam dalam memerintah Negara.
Pemimpin yang baik ialah pemimpin yang adil. Adil dari aspek
memerintah secara adil berdasarkan undang-undang. Misalnya, kesalahan yang
dilakukan oleh rakyat akan dijatuhkan hukuman yang setimpal tanpa mengambil
kira status sosial atau kaum seseorang. Abdullah bin
‘amru bin al ‘ash r.a berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda, “Sesungguhnya
orang-orang yang berlaku adil, kelak disisi allah ditempatkan diatas mimbar
dari cahaya, ialah mereka yang adil dalam hokum terhadap keluarga dan apa saja
yang diserahkan (dikuasakan) kepada mereka”. (Riwayat Muslim). Selain itu, pemimpin juga haruslah
jujur dalam memerintah Negara. Sebagai pemimpin yang baik, mereka haruslah
menjauhi rasuah dan mengeksploitasi hasil bumi Negara untuk kepentingan sendiri
yang juga berpotensi menjatuhkan ekonomi Negara. Seperti
firman Allah swt dalam surah Al Anfaal, Ayat 27. “Wahai orang-orang yang beriman! janganlah
kamu mengkhianati (amanah) Allah swt dan Rasul-Nya, dan (janganlah) kamu
mengkhianati amanah-amanah yang dipercayakan keatas kamu, sedang kamu
mengetahui (salahnya)”.
Memimpin
merupakan suatu amanah yang digalaskan pada bahu mereka yang terpilih. Oleh
itu, sebagai pemimpin harulah melaksanakan amanah yang diberikan sesempurna
mungkin kerana amanah ini akan menjadi salah satu perkara yang disoal ketika di
akhirat kelak. Sabda Rasulullah s.a.w. “Apabila
disandarkan pekerjaan kepada orang yang bukan ahlinya, maka tunggulah kiamat
(saat kehancuran)”. Sifat-sifat mazmumah seperti tamak dan kejam terhadap
rakyat haruslah menjadi suatu perkara yang jauh daripada fikiran pemimpin
kerana setiap apa kebaikan dilakukan mereka akan mendapat ganjaran dari Allah
s.w.t.
SUMBER : Masluh Jamil .
com (http://masluhjamil.com/2014/02/10-ciri-pemimpin-yang-baik.html) ATHUL BARI
18 NOVEMBER
2012 , Sinar Online (http://www.sinarharian.com.my/kolumnis/tanggungjawab-pemimpin-dan-rakyat-1.104566) (https://islamislogic.wordpress.com/kumpulan-hadits-shahih/40-hadits-tentang-pemimpin-dan-penjelasanya/)
11.
Apakah kefahaman yang tepat dalam menghubungkan politik dan agama? Adakah
politik untuk agama, atau agama untuk politik?
Politik
dan agama memainkan peranan yang penting antara kedua-dua perkara. Politik dan
agama saling berkait dan membantu dalam pembentukan masyarakat yang seimbang
dari aspek dunia dan akhirat. Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, “Akan ada para pemimpin
yang kalian kenal dan kalian ingkari. Siapa yang tidak menyukainya maka dia
bebas dan barang siapa yang mengingkarinya maka dia selamat, akan tetapi (dosa
dan hukuman) diperlakukan kepada orang yang redha dan mengikuti para pemimpin
itu. Para sahabat bertanya: “Apakah kami boleh memeranginya wahai Rasulullah
s.a.w.”. Baginda menjawab: “Tidak boleh selama para pemimpin itu masih
mengerjakan solat. (Hadis Riwayat Muslim). Jelaslah di sini bahawa, untuk
menjadi pemimpin yang baik mulanya daripada perlaksanaan solat yang sempurna.
Solat merupakan tiang agama dan segala kebaikan bermulanya dari solat. Seperti
yang disebut dalam hadis berbunyi “Hendakkah aku khabarkan
kepada engkau segala urusan, tiangnya dan puncak ketinggiannya?”. Saya (Mu’adz)
berkata: Pasti sahaja wahai Rasulullah! Jawab Rasulullah, “Kepala urusan adalah
Islam, tiangnya adalah solat dan puncak ketinggiannya adalah jihad”. (Hadith
Riwayat Ahmad, Al Tirmizi, Ibn Majah, AlDaruquthni dan Al Thabrani,
bersumberkan daripada Mu'az bin Jabal r.a., disahihkan oleh Syeikh Al-Albani
dalam Sahih Sunan Al-Tirmizi. Pemimpin yang memiliki agama yang baik, iaitu
yang mendirikan solat 5 waktu dengan sempurna ialah pemimpin yang akan
memberikan kebaikan kepada rakyatnya serta Negara.
Agama
juga penting dalam aspek politik kerana sebagai pemimpin yang baik, haruslah
berusaha membawa rakyatnya ke arah kebaikan untuk merebut tempat di syurga.
Pemimpin bertanggungjawab membimbing dan mambantu rakyat untuk berjaya dalam
urusan di dunia dan akhirat. Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda, “ Setiap
pemimpin yang menangani urusan kaum muslimin, tetapi tidak berusaha semaksimum
mungkin untuk menguruskan mereka dan memberikan arahan kepada mereka, maka dia
tidak akan boleh masuk syurga bersama-sama kaum muslimin itu”. (Hadis Riwayat
Muslim).
Bagi
mewujudkan Negara yang aman, damai dan diberkati oleh Allah s.w.t., pemimpin
harus bijak mentadbir Negara agar tidak tersilap membuat tindakan yang terpesong
daripada akidah serta pegangan Islam. Pemimpin yang beragama akan tahu
bertindak berlandaskan hukum agama serta merujuk kepada undang-undang
berteraskan syariah Islam dalam membuat keputusan. Pemimpin yang berjaya mentadbir
kerajaan secara bersih dan suci akan diberikan ganjaran berlipat ganda oleh
Allah s.w.t. di akhirat kelak. Rasulullah s.a.w. pernah bersabda bahawa
sesungguhnya Allah s.w.t. sentiasa bersama-sama hakim sepanjang dia tidak
menyeleweng. Kalau dia sudah menyeleweng maka Allah akan menjauhi darinya, dan
syaitan menjadi temannya.
Jelaslah
bahawa agama dan politik amat bergantung terhadap satu sama lain. Bagi
mewujudkan politik yang baik, soal agama haruslah dititikberatkan. Sebalinya
pula bagi mengukuhkan agama di dalam sesebuah kepimpinan, politik yang
dilaksanakan haruslah adil, suci serta tidak melanggar hukum hakam yang telah
ditentukan oleh Allah s.w.t..
SUMBER
: (http://www.islamclarify.cf/2014/12/status-hadis-solat-tiang-agama.html)
12.
Sistem politik Islam tidak berteraskan kepada city state, sebaliknya mempunyai konsep ummah dan khilafah.
Jelaskan konsep ummah dan khilafah tersebut.
Ummah
|
Khilafah
|
Ummah merupakan
sekumpulan individu yang hidup dalam sebuah organisasi atau masyarakat.
|
Khalifah diertikan sebagai ketua negara atau ketua
masyarakat.
|
Allah s.w.t. menekankan kepentingan
Ummah apabila disebut sebanyak 46 kali dalam Al-Quran. Rasulullah s.a.w. juga
mengulang kali menyebut perkataan “Ummati,Ummati” sebelum menghembuskan nafas
baginda.
|
Khilafah adalah
pemerintahan Islam yang tidak dibatasi oleh teritorial, sehingga kekhalifahan
Islam meliputi berbagai suku dan bangsa.
|
Merupakan pemerintah Negara Islam yang
menggantikan kepimpinan Rasulullah s.a.w. selepas kewafatan Baginda.
|
|
Dilantik melalui beberapa cara
antaranya perlantikan ( Saidina Abu Bakar r.a. & Saidina Ali bin Abi
Talib r.a.), wasiat Baginda (Saidina Abu Bakar As Siddiq), Ijma’ (Saidina
Umar bin Al-Khattab).
|
|
Nama Pelajar : Nur Fathiah Raihan binti Ahmad Nizam
Nombor Matriks : 2014625776
4. Apakah yang dimaksudkan dengan negara
bangsa? Berikan contoh negara yang
mengamalkan dasar negara bangsa selain
Malaysia? Apakah ukuran pencapaian bagi konsep negara bangsa?
- Melalui konsep Negara bangsa, semua
masyarakat mendukung satu bangsa dan satu Negara yang tegak di atas satu
identity Negara yang sama yang di manifestasikan oleh pemikiran, nilai-nilai sosio-budaya,
lambang-lambang dan sentiasa berpegang kepada jiwa kemanusiaan dan kerohanian
yang tinggi.
- Pembinaan Negara bangsa merupakan
matlamat utama pembangunan politik, iaitu satu wilayah yang mempunyai sempadan,
pemerintahan atau kerajaan atau bangsa.
- Pembinaan Negara bangsa dapat dicapai
melalui pelbagai pendekatan, termasuk penerapan nasionalisme melalui simbol dan
ritual Negara seperti lagu kebangsaan, bendera kebangsaan dan perayaan hari
kemerdekaan.
- Negara lain seperti England, Perancis,
Amerika Syarikat, Itali dan Jerman.
5. Demokrasi adalah satu nilai yang dianggap
universal dan dipaksakan oleh Barat ke atas dunia. Apakah kebaikan dan keburukan demokrasi
menurut Islam?
Kebaikan
Demokrasi
|
Keburukan
Demokrasi
|
i.
Melindungi kepentingan rakyat
-
Demokrasi
merupakan system yang melindungi kepentingan rakyat
-
Para
wakil rakyat dipilih dan harus bertanggungjawab kepada rakyat yang memilihya.
-
Dengan
cara ini, kepentingan social, ekonomi dan politik rakyat menjadi lebih
terjamin di bawah demokrasi.
ii.
Demokrasi berdasarkan prinsip
kesetaraan
-
Dengan
prinsip kesetaraan, semua warganegara memiliki kedudukan yang sama.
-
Semua
rakyat mempunyai hak sosial, politik dan ekonomi yang sama Negara yang tidak
membezakan warganegara atas dasar agama, kaum, pemilikan, taraf dan
sebagainya.
iii.
Mewujudkan stabiliti dan
tanggungjawab dalam pemerintahan
-
Demokrasi
dikenali sebagai sistem yang mempunyai
kestabilan dan efisien. Pemerintahan akan berjalan dengan stabil hasil
daripada sokongan daripada rakyat.
-
Contohnya,
wakil rakyat akan membincangkan masalah Negara secara menyeluruh dan
mengambil keputusan berdasarkan aspirasi daripada rakyat juga.
|
i.
Mentuhankan majoriti
-
Sepertimana
dalam parlimen, calon yang bertanding dalam pilihan raya dianggap menang dan
terpilih berdasarkan kepada jumlah undi majoriti yang diperolehi.
-
Dalam
erti kata lain, jumlah undi majoriti akan menjadi penentu sama ada sesebuh
rang undang-undang atau calon pilihan raya diterima tau tidak.
-
Kaedah
ini bertentangan sama sekali dengan Syarak. Dalam Islam, seseorang ituhanya
dianggap layak untuk menjadi pemimpin sekiranya dia memenuhi syarat-syarat
yang ditetapkan syarak.
ii.
Menzahirkan seolah-olah syariat
Islam tidak sempurna.
-
Perbuatan
mereka yang mengamalkan demokrasi secara sedar atau tidak menampakkkan
seolah-olah syariat Islam masih belum sempurna.
-
Hal
ini kerana kaedah demokrasi dan pihan raya yang diadakan bukan daripada
Islam. Tetapi, mereka yang menerima demokrasi dan mengajak orang lain untuk
turut serta menerimanya.
-
Mereka
juga beranggapan bahawa masih ada perkara-perkara baik yang tidak diajar oleh
Islam.
iii.
Mengelirukan umat Islam.
-
Mereka
yang melaungkan Islam serta melaungkan mahu berhukum dengan Syariat Islam
tetapi dalam masa yang sama menyertai demokrasi sekular Barat jelas bukan
sahaja berdusta kepada diri tetapi masyarakat Islam yang lain.
-
Akibatnya,
ramai yang tertipu dengan laungan-laungan mereka ini. Walhal, mereka ini
jelas telah mempergunakan Agama untuk kepentingan diri dan parti semata-mata.
|
66.
Apakah indikator yang dapat mengukur
tahap demokrasi sesebuah negara?
i.
Akauntabilti
- Sistem demokrasi yang baik dapat
diukur dengan sikap akauntabiliti atau kebertanggungjawaban seseorang pemimpin
atau pemegang jawatan terhadap rakyat dan Negara. Pemikiran dan kebijaksanaan
yang dizahirkan perlulah mengambil kira semua aspek terutamanya demi
kepentingan rakyat.
ii.
Pengagihan kuasa
- Dalam demokrasi, pembahagian kuasa
harus dilakukan secara teratur dan sistematik. Keadilan dalam pengagihan kuasa perlu
dilakukan supaya tidak menimbulkan perselisihan faham antara orang yang layak
memegang jawatan dan orang lain yang kurang layak menjawat jawatan.
iii.
Pergerakan politik yang terbuka
- Dalam menjadikan pengagihan kuasa,
pergerakan politik yang terbuka adalah salah satu indikator penting untuk
mengukur tahap demokrasi. Dalam erti kata lain, setiap orang yang dipilih oleh
rakyat mempunyai peluang yang sama untuk bertanding mendapatkan jawatan tersebut.
Kejadian berat sebelah dapat sesetengah pihak turut dapat dielakkan.
iv.
Pemilihan umum
- Dalam proses pilihan raya, pemilihan
setiap ketua harus dilakukan secara besar-besaran supaya bukan sahaja dalam
kalangan orang yang tertentu yang mengetahui tetapi masyarakat juga. Dalam
suatu Negara yang mengamalkan demokrasi, pilihan raya perlu dilakukan dengan
teratur. Setiap warganegara mempunyai hak untuk memilih danbebas menggunakan
haknya.
No comments:
Post a Comment