Wednesday 25 November 2015

18 November 2015 : Refleksi Minggu 10

POLITIK ISLAM


Pada kelas minggu ini, kami telah mempelajari mengenai pembangunan politik dalam konteks hubungan etnik di Malaysia.

Nama Pelajar : Nur Fathiah Raihan binti Ahmad Nizam
Nombor Matriks : 2014625776

1. Ukuran pencapaian di dalam politik ialah perpaduan dan pembangunan. Perpaduan bukanlah sahaja dalam kalangan rakyat yang berbilang bangsa, namun perpaduan tersebut turut dijalinkan antara pemimpin dengan rakyat. Hal ini secara tidak langsung dapat membawa kepada pembangunan negara dan ummah.
2. Dalam Islam, seseorang pemimpin wajib menjalankan hak dan tanggungjawab bagi memenuho keperluan rakyat. Hal ini tidak sahaja berlaku dalam konteks Islam, namun politik berasaskan Islam harus diamalkan oleh mana-mana pemimpin seluruh negara agar rakyat tidak berasa tertindas.
3. Di mana-mana pun, sesebuah politik itu akan dipandu oleh agama. Ini kerana politik bukanlah matlamat, tetapi hanya alat untuk mendapatkan sesebuah demokrasi yang baik.

Nama Pelajar: Nabihah bt Badlishah
Nombor Matrik: 2014419412

Hak dan tanggungjawab dalam politik islam. Hak ialah sesuatau yang wajib dipenuhi iaitu kita mendapat sesuatu daripada orang lain. Manakala tanggungjawab ialah bebanan iaitu kita memberi sesuatu kepada orang lain.


1. Tiada kuasa mutlak melainkan kuasa allah swt.

2. Pemimpin berkhidmat kepada rakyat tetapi bukanlah menguasai rakyat.
3. Matlamat islam ialah rakyat dari sekalian alam. Politik sebagai alat kepada agama.

Nama Pelajar: Fatimah Az-Zahra Binti Shaharom
Nombor Matrik: 2014441954

Islam adalah agama yang syumul dan mementingkan kesederhanaan dalam segenap perkara dalam kehidupan. Politik juga perlu berlandaskan Islam agar memandu manusia ke arah jalan yang benar. Untuk menjadi pemimpin bukanlah satu perkara yang mudah, tapi jika seorang pemimpin tersebut meletakkan Allah SWT dalam semua aspek dalam pentadbiran, negara tersebut menjadi aman dan makmur dalam lindungNya.

Nama Pelajar : Nur Afiqah Ishak
Nombor Matriks : 2014653906


Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertakwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka berkah dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat Kami) itu, maka Kami siksa mereka disebabkan perbuatannya.

( QS .Al  A,raf ayat 96)


  • Sebagai Pemimpin, haruslah memimpin negara dengan penuh keikhlasan dan tidak mementingkan kepentingan diri sendiri malah mengutamakan amanah yang diberikan untuk berbakti kepada rakyat. Pemimpin haruslah memimpin berlandaskan agama Allah s.w.t. bagi mengelak daripada berlaku zalim kepada rakyat.
  • Sebagai rakyat pula, kita haruslah mentaati pemimpin tetapi pada masa yang sama haruslah mengutamakan agama serta hukum hakam yag telah ditetapkan oleh Allas s.w.t. Kita janganlah mentaati pemimpin yang zalim.

No comments:

Post a Comment