Wednesday 25 November 2015

25 November 2015 : Refleksi Mingguan

Dalam kelas kali ini, kami mempelajari Bab 6 iaitu Integrasi.

Nama Pelajar : Nur Fathiah Raihan binti Ahmad Nizam
Nombor Pelajar : 2014625776

1. Integrasi adalah sesuatu langkah bagi mewujudkan identiti negara dan masyarakat yang berbilang kaum. Dalam mewujudkan integrasi ini, negara akan menghadapi pelbagi cabaran antaranya seperti isu-isu perkauman yang semakin menular, kemiskinan, berprasangka buruk mahupun dari segi tahap pendidikan.
2. Oleh yang demikian, pelbagai pihak bukan sahaja dari pihak Kerajaan sahaja memainkan peranan untuk memupuk integrasi ini, tetapi turut melibatkan peranan besar oleh masyarakat.

Nama Pelajar: Nabihah bt Badlishah
Nombor Matrik: 2014419412

Integrasi sosial bermaksud wujudnya solidaritasi sosial rasa kebersamaan antara hubungan masyarakat secara harmonis dalam kerjasama kelompok yang mempunyai sifat, sikap dan watak yang berbeza.

Terdapat tiga permasalahan yang harus dikaji untuk mencapai perwujudan integrasi sosial iaitu:
-Rukun beragama dan aliran kepercayaan
-Perubahan nila-nilai
-Bangsa

Nama Pelajar: Fatimah Az-Zahra Shaharom
Nombor Matrik: 2014441954

Integrasi ialah satu proses penyesuaian bersama pelbagai kebudayaan dan ciri-ciri sosial yang dapat diterima oleh semua kelompok etnik. Seperti yang diketahui, Malaysia mempunyai kepelbagaian etnik dan budaya yang berbeza. Oleh itu, kerajaan perlu memainkan peranan untuk menyemai rasa kasih sayang antara etnik tersebut. Contoh, wujudnya Gagasan 1Malaysia dan aktiviti Rumah terbuka Tahun Baru Cina, Hari Raya Aidilfitri dan Hari Deepavali, ia jugak dapat mengeratkan silaturrahim antara kaum dan menyemai sikap cintakan negara.

Nama Pelajar : Nur Afiqah Ishak
Nombor Matriks : 2014653906

Integrasi ialah kesatuan pelbagai kelompok masyarakat atau rakyat dalam sebuah negara, merangkumi aspek kaum, budaya, agama dan tradisi.
Kepentingan integrasi :

  • Mewujudkan keharmonian kehidupan dalam sesebuah negara.
  • Mengukuhkan hubungan antara kaum yang berbeza dan pelbagai.
  • Membantu meningkatkan ekonomi negara, contohnya melalui pelancongan dari pelancong asing.
  • Mengukuhkan politik negara.


No comments:

Post a Comment