Monday 28 September 2015

Pluraliti & Pluralistik Melayu : Pluralistik Zaman Pasca Merdeka

Nabihah bt Badlishah
2014419412

PLURALISTIK ZAMAN PASCA MERDEKA

HUBUNGAN ETNIK PASCA MERDEKA

v  Kerjasama erat berlaku selepas merdeka serta sebelum dan selepas pertubuhan Malaysia.
v  Ancaman luar, konfrontasi Indonesia dengan slogan “Ganyang Malaysia” mengeratkan lagi perpaduan kaum.
v  Beberapa dasar digubal oleh kerajaan bagi merapatkan hubungan etnik.
v  Cth: Akta Hasutan 1948 dan Dasar Pendidikan Kebangsaan.

PERUBAHAN SELEPAS MERDEKA

Pluraliti baru dalam masyarakat plural
       Federalisme Berlapis: Persekutuan Tanah Melayu dan Persekutuan Malaysia.
       Perlembagaan dan pembangunan politik.
        Pembangunan berencana (Rancangan pembangunan 5tahun).
       Dasar-dasar khas.

KESAN KEMASUKAN MASYARAKAT PLURALISTIK SELEPAS KEMERDEKAAN DI MALAYSIA

       Politik

       Malaysia dianggap sebagai sebuah negara yang berupaya melaksanakan sistem demokrasi dengan berkesan.
       Demokrasi di negara ini telah berjalan lancar terutamanya semenjak pilihan raya umum pertama tahun 1955, dimana tiga kumpulan etnik iaitu Melayu, Cina dan India telah bersatu untuk mendesak British memberikan kemerdekaan
       Selepas era 1960an perjalanan politik terus berkembang dinamik. Kerjasama parti-parti politik dalam pakatan parti pemerintah telah berkembang dengan peningkatan keahliannya.
       Cth: Penubuhan Barisan Nasional 1974.

       Perlembagaan

       Kontrak sosial merupakan satu kesepakatan yang telah dirunding, pembentukan parti-parti politik etnik dan “coalition” sebagai model permuafakatan politik (Parti Perikatan, Barisan Sosialis, Barisan Nasional, Barisan Alternatif).
       Perlembagaan merupakan panduan asas kepada perlaksanaan sistem politik di negara ini.
       Perlembagaan mencatatkan kontrak sosial dipersetujui bersama antara kaum di negara ini.
       Perlembagaan merupakan panduan asas kepada perlaksanaan sistem politik di negara ini.
       Mencatatkan kontrak sosial dipersetujui bersama antara kaum di negara ini.
       Dari segi sejarah terdapat dua peringkat kontrak sosial di Alam Melayu iaitu:
       Berlaku pada zaman pluraliti iaitu janji setia dan saling menghormati antara rakyat daan raja. Ia diistilahkan sebagai wa’ad.
       Berlaku dalam konteks masyarakat plural hasil daripada syarat dikenakan oleh pihak British untuk memberikan kemerdekaan kepada Malaysia.
       Kontrak sosial pertama: Demang Lebar Daun mewakili rakyat, Sang Sapurba mewakili raja atau pemerintah.
       Kontrak sosial kedua: hasil daripada syarat British untuk kemerdekaan Tanah Melayu.
       Orang Melayu bersetuju memberi taraf kerakyatan kepada orang bukan Melayu.
       Orang bukan Melayu bersetuju keatas peruntukan hak-hak istimewa orang Melayu.
       Setiap etnik mempunyai wakil dalam bentuk parti politik dan mencapai persepakatan untuk hidup aman dan damai.
       Dengan itu, terbentuklah CLC (Communities Liasion Committee/Perhubungan Antara Kaum) pada tahun 1949, usaha Tan Cheng Lock dan Dato’ Onn Jaafar.

       Pendidikan

       Kerencaman sistem pendidikan zaman British baik dari segi jenis sekolah, kurikulum, orientasi dan sebagainya telah diteruskan selepas merdeka.
       Usaha penyeragaman sistem pendidikan bermula ketika negara di ambang kemerdekaan dengan penubuhan jawatankuasa mengkaji sistem pendidikan yang kemudiannya melahirkan penyata Razak 1956 dan Penyata Rahman Talib 1960.
       Matlamat utama kedua-dua penyata tersebut adalah untuk menyatukan kanak-kanak berbilang bangsa di Kebangsaa yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar tunggal (Wan Hashim, 1983).
       Semasa penjajahan dibahagi kepada tiga peringkat:
       Pendidikan British rendah dan menengah (elit MCI).
       Sekolah Melayu peringkat rendah (dibantu oleh British, untuk menjadi petani yang lebih baik). Terdapat juga sekolah agama/Quran.
       Sekolah Venakular Cina dan India.
       Akta Pendidikan 1957
       Sekolah pelbagai aliran masih dibenarkan dengan bahasa ibunda masing-masing sebagai Bahasa Penghantar.
       Bahasa Melayu diwajibkan di Sekolah Cina dan Tamil kerana Bahasa Melayu menjadi Bahasa Kebangsaan.
       Mata pelajaran Sejarah dan Geografi mestilah bercirikan Malaysia.

       Ekonomi

       Pada tahun 1957 kerajaan telah menggiatkan ekonomi dan mengatasi pelbagai masalah sosio-ekonomi dan sosio-politik. Rancangan pembangunan ekonomi negara dibahagikan kepada empat peringkat:
       Rancangan pramerdeka iaitu meliputi Rangka Pembangunan Persekutuan Tanah Melayu (1950-1955) dan Rancangan Persekutuan Tanah Melayu Pertama (1956-1960)
       Rnacangan selepas merdeka, merangkumi Rancangan Persekutuan Tanah Melayu Kedua (1961-1965) dan sebahagian daripada Rancangan Malaysia Pertama (1966-1970)
       Perancangan dalam era dasar Ekonomi Baru
       Dasar Pembangunan Negara
       Sistem ekonomi dualisme ini merujuk kepada dua orientasi dan tumpuan yang berbeza namun bergerak seiringan dengan garis etnik:
       Sistem ekonomimoden yang mendominasi keseluruhan organisasi pengeluaran. Contohnya getah dan bijih timah.
       Sistem ekonomi tradisional yang didefinisikan dengan sektor ekonomi pertanian. Komoditi utamanya ialah padi dan perikanan. Teknik pengeluarannya, pemasaran, tenaga kerja serta modal adalh didominasi oleh etnik Melayu. Ia bercirikan budaya luar bandar (Ness, 1976).
       Isu yang berkaitan dengan ekonomi memerlukan iltizam yang kuat daripada semua pihak untuk merapatkan jurang yang sedia ada.
       Keperluan untuk memperbetulkan kedudukan dimensi ekonomi ini amat mendesak kerana ia menjadi sebagai salah satu asas utama dalam memupuk kerjasama antara etnik.
       Ketidakseimbangan kedudukan ekonomi berdasarkan etnik juga harus diatasi kerana ia menjadi sumber pencetus konflik. Sebagai contoh peristiea 13 Mei 1969.

KESIMPULAN

v  Kedatangan penjajah bukan sahaja mewujudkan masyarakat pluralistik, membahagikan Alam Melayu kepada negara-negara yang lebih kecil, tetapi juga mewujudkan  sistem hidup barat seumpama politik, ekonomi, pendidikan dan sebagainya.
v  Semangat kerjasama rakyat yang berbilang etnik telah membawa kemerdekaan Alam Melayu seperti Malaysia, Indonesia dan sebagainya.

v  Usaha-usaha kearah mempereratkan lagi kerjasama ini perlu diperkukuhkan bagi memastikan negara terus berada dalam suasana aman dan harmoni.

Pluraliti & Pluralistik Melayu : Pluralistik Zaman Pra Merdeka

Nama: Fatimah Az-Zahra Binti Shaharom
No Matrik: 2014441954

Sejarah telah mengajar kita bahawa sebelum kedatangan penjajah ke Tanah Melayu, masyarakat Melayu hidup dalam keadaan yang harmonis dan muafakat. Pluralistik boleh di kategorikan kepada 3:
- Politik
- Ekonomi 
- Sosial

Politik
  • British meluaskan perluasan kuasa melalui siri perjanjian yang di antara British dan Raja-Raja Melayu.
  • Kuasa Raja-Raja hanya tertakluk dalam ehwal agama & adat istiadat.
  • Undang-undang Islam telah di telah di buang dan digantikan dengan Common Law di Tanah Melayu. 
Ekonomi
  • Kekayaan hasil bumi seperti getah, bijih timah, bijih besi dan sebagainya.
  • Berlakunya dasar pecah & perintah, di mana masyarakat Melayu di tugaskan melakukan pekerjaan kampung seperti bercucuk tanam. Cina pula berniaga di bandar manakala India bekerja di estet-estet.
  • British ingin memonopoli kekayaan hasil bumi di Tanah Melayu.
Sosial 
  • Kemasukan imigran di Tanah Melayu seperti Cina dan India.
  • Wujudnya kepelbagaian budaya, bahasa dan adat resam.
Kesimpulannya, Pluralistik kemasukan imigran seperti Cina dan India merancakkan ekonomi di Tanah Melayu. 

Sunday 27 September 2015

Pluraliti & Pluralistik Melayu : Pluraliti Zaman Penjajahan

PLURALITI SEMASA ZAMAN PENJAJAHAN

       Penjajah menganggap golongan yg sokong agama sbg golongan yg mencetuskan huru-hara dan perselisihan, manakala golongan sains barat moden dianggap sbg golongan yg menyatupadukan masyarakat dan membolehkan mereka hidup aman damai kerana sains barat moden bersifat universal.
       Ideologi penjajah barat amat prejudis dan tidak benar sama sekali kerana keadaan agama Kristian (orthodox) di Eropah tidak sama seperti ajaran dalam agama Islam di timur.
       Agama islam adalah agama yg cinta pada perdamaian dan kesejahteraan. Bahkan agama Islam tidak pernah menolak ilmu yang benar. Contohnya wahyu pertma ialah iqra’.
       Ideologi penjajah barat turut mengubah corak pentadbiran Tanah Melayu kepada sekularisme.
“Urusan negara dipegang oleh British (penjajah) manakala urusan Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu dipisahkan drpd pentadbiran dan diserahkan kpd Raja Melayu atau Sultan
       Dengan itu, ideologi penjajah barat bukan sahaja telah mencorakkan fizikal Tanah Melayu dlm aspek pentadbiran dan pemodenan, malah turut juga menguasai corak pemikiran pemimpin dan masyarakat di Tanah Melayu.
       Penjajah menganggap golongan yg sokong agama sbg golongan yg mencetuskan huru-hara dan perselisihan, manakala golongan sains barat moden dianggap sbg golongan yg menyatupadukan masyarakat dan membolehkan mereka hidup aman damai kerana sains barat moden bersifat universal.
       Ideologi penjajah barat amat prejudis dan tidak benar sama sekali kerana keadaan agama Kristian (orthodox) di Eropah tidak sama seperti ajaran dalam agama Islam di timur.
       Agama islam adalah agama yg cinta pada perdamaian dan kesejahteraan. Bahkan agama Islam tidak pernah menolak ilmu yang benar. Contohnya wahyu pertma ialah iqra’.
       Ideologi penjajah barat turut mengubah corak pentadbiran Tanah Melayu kepada sekularisme.

    "Urusan negara dipegang oleh British (penjajah) manakala urusan Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu dipisahkan drpd pentadbiran dan diserahkan kpd Raja Melayu atau Sultan"

       Dengan itu, ideologi penjajah barat bukan sahaja telah mencorakkan fizikal Tanah Melayu dlm aspek pentadbiran dan pemodenan, malah turut juga menguasai corak pemikiran pemimpin dan masyarakat di Tanah Melayu.

PENJAJAHAN EROPAH & INGGERIS

       Portugis & Belanda
Kuasa-kuasa Eropah seperti Portugis dan Belanda menekankan penjajahan berbentuk Imperialismedi dalam misi-misi kedatangan mereka.

       Pemisahan
Titik pemisah di antara plurality dan masyarakat plural ialah dengan ketibaan penjajah Inggeris ke Asia Tenggara khususnya Tanah Melayu.

       Inggeris
Inggeris pula menggunakan ‘senjata’ serampang dua mata di dalam misi-misi kedatangan mereka iaitu penjajahan berbentuk Imperialisme dan Kolonialisme.

SISTEM & STRUKTUR

SEBELUM PENJAJAHAN
                       
       Sistem kerajaan yang mencantumkan kedua-dua aspek agama dan Negara.
       Raja merujuk kepada penasihat agama untuk membuat keputusan penting Negara.
       Agamawan dan raja saling berperanan di dalam system kerajaan tersebut.

SELEPAS PENJAJAHAN
       Negara ditadbir oleh pentadbir   sekular dan agama diletakkan dibawah kuasa Sultan-Sultan Melayu.

       Kerajaan yang telah memisahkan di antara agama dan Negara

Pluraliti & Pluralistik Melayu : Pluraliti Semasa Zaman Kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka

Nama Pelajar : Nur Afiqah Ishak

Nombor Matriks : 2014653906

PLURALITI SEMASA ZAMAN KEGEMILANGAN KESULTANAN MELAYU MELAKA



*Kawasan jajahan Kesultanan Melayu Melaka*


       Kesultanan Melayu Melaka merupakan institusi pemerintahan melayu tertua yang wujud di alam melayu.
       Sebelum pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka, Tanah Melayu pernah diperintah dan ditadbir oleh beberapa kerajaan antaranya Srivijaya, Majapahit dan Palembang.
       Kesultanan Melayu Melaka merupakan warisan Kerajaan Srivijaya yang berpusat di Palembang, Sumatera Tenggara.
       Pembentukan Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka yang dikatakan bermula pada 1262 berdasarkan kajian mendalam terhadap naskah Melayu agung iaitu Sulaltus Salatin (edisi Raflles , MS18).
       Pembentukan Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka menunjukkan kekuatan kuasa pemerintahan tempatan yang berkemampuan mentadbir tanah air sendiri.







FAKTOR-FAKTOR

       Hubungan perdagangan dengan negeri-negeri luar seperti Arab, India dan China.
       Tanah Melayu bertindak sebagai pusat penyebaran agama Islam pada ketika itu.
       Pemerintah yang berwibawa memerintah dan mentadbir negara.
       Perlaksanaan dasar pelabuhan dan perdagangan bebas mewujudkan sifat keterbukaan.
       Pemerintah yang cintakan ilmu pengetahuan.

KESAN-KESAN

       Wujud interaksi antara penduduk Tanah Melayu dengan pedagang luar.
       Penyebaran agama Islam oleh pedagang-pedagang Arab berlaku di Tanah Melayu.
       Hubungan perkahwinan dengan orang luar.
       Contoh : Raja Melaka yang telah berkahwin dengan Puteri Hang Li Po dari China atas dasar hubungan diplomatik.
       Wujud masyarakat majmuk melalui perkahwinan.
       Contoh : Perkahwinan campur antara masyarakat melahirkan kaum baru seperti Baba dan Nyonya iaitu perkahwinan campur antara Melayu dengan China, keturunan Arab dan sebagainya. 

Pluraliti & Pluralistik Melayu : Pluraliti Sebelum Zaman Melayu Melaka

Nama Pelajar : Nur Afiqah Ishak

Nombor Matriks : 2014653906

PLURALITI SEBELUM ZAMAN MELAYU MELAKA

       Sebelum wujudnya pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka, Tanah Melayu dahulunya ditadbir oleh beberapa kerajaan yang berjaya menakluki Tanah Melayu dengan kekuasaan mereka.
       Antara kerajaan yang pernah mentadbir Tanah Melayu ialah Kedah Tua, Srivijaya, Majapahit dan Palembang.
       Tanah Melayu pada ketika itu didatangi kuasa luar yang mempunyai pengaruh serta kepentingan mereka sendiri.
       Hasil bumi yang terdapat di Tanah Melayu dijadikan sebagai sumber ekonomi antaranya rempah ratus, bijih timah, hasil-hasil hutan seperti rotan, gambir serta pelbagai lagi.
       Disebabkan kedatangan orng asing dari luar ke Tanah Melayu, pluraliti yang wujud pada masa itu adalah secara semulajadi dan tanpa paksaan.
       Ini kerana, kepelbagaian bangsa dan agama yang wujud dapat bersatu secara aman.
       Contohnya,di Jawa terdapat seorang Raja Hindu yang menggunakan nama Arab.
       Pemimpin-pemimpin pada ketika itu juga bersifat terbuka untuk menerima pengaruh budaya dan agama luar yang berlainan.
       Di Champa, Raja Melayu dan rakyatnya menganut agama Hindu tetapi telah bertukar kepada agama Islam semasa abad ke -16.
       Ini menunjukkan perbezaan agama dan bangsa boleh diatasi dengan toleransi dan pemahaman terhadap agama dan bangsa yang berlainan.

FAKTOR-FAKTOR

       Hubungan baik pemerintah tempatan dengan pemerintah luar.
       Contoh : kerajaan Kedah Tua menghantar bunga emas kepada Siam.
       Kedatangan pendatang-pendatang asing dari luar.
Contoh : pedagang dari Arab, Parsi , China, India dan Barat datang berdagang di Kedah
       Pemimpin yang bersifat terbuka.
       Contoh : Raja Merong Mahawangsa iaitu pemerintah kerajaan Kedah Tua memeluk Islam dan menukar nama kepada Sultan Muzaffar Shah.
       Lokasi kerajaan yang strategik
       Contoh : Lokasi kerajaan Kedah Tua yang berdekatan laut menjadi tarikan kepada pedagang dari Arab, Parsi, India , China dan Barat.




Pluraliti & Pluralistik Melayu : Maksud dan Definisi

Nama Pelajar : Nur Afiqah Ishak
Nombor Matriks : 2014653906

MAKSUD PLURALITI & PLURALISTIK

 PLURALITI : 

  • Bercirikan semulajadi, tanpa paksaan dan fleksibel.
  • Wujud kepelbagaian bangsa, agama di suatu tempat pada suatu masa secara semulajadi.

PLURALISTIK :

  • Bercirikan pemaksaan dan perbezaan.
  • Wujud kepelbagaian bangsa, agama di suatu tempat pada suatu masa secara terancang dan dipaksakan oleh orang-orang teretntu yang berkepentingan.

21 September 2015 : Perbincangan Tugasan



Perbincangan seterusnya dilakukan pada hari Isnin 21 September 2015. Perbincangan kali ini dilakukan tanpa kehadiran seorang ahli kumpulan kami, Raihan kerana demam.

Pada perbincangan kali ini kami telah memilih individu yang sesuai sebagai orang yang akan ditemubual untuk tugasan kedua kami mengenai kepelbagaian etnik di Sabah.

9 September 2015 : Refleksi Kelas Mingguan

Pada kelas kali ini, kami telah mula mempelajari tentang asal usul kewujudan manusia, di mana manusia akan melalui 5 alam kehidupan iaitu ;

i. Alam Roh
ii. Alam Rahim
iii. Alam Dunia
iv. Alam Kubur
v. Alam Kiamat/Akhirat

Daripada apa yang telah dipelajari, antara refleksi yang dapat disenaraikan ialah :

Nama Pelajar : Nur Afiqah Ishak
Nombor Matriks : 2014653906

1. Sebagai manusia khususnya umat Islam, kita haruslah berusaha mendalami Islam dan berusaha meningkatkan keimanan serta ketaqwaan kita kepada Allah s.w.t. kerana semasa di alam roh kita telah mempersetujui perjanjian untuk mengakui Allah s.w.t. sebagai Tuhan dan menjalankan kewajipan,
2. Sebagai manusia, kita haruslah mempunyai matlamat hidup yang jelas iaitu melaksanakan tanggungjawab dan kewajipan kita.
3. Sebagai manusia yang lemah dan lalai, kita haruslah sentiasa menjadikan kelemahan serta kegagalan kita sebagai pendorong untuk menjadi yang lebih baik kerana kita haruslah memandang segala perkara yang berlaku kepada kita sebagai ujian dan rahmat dari Allah s.w.t.

Nama Pelajar : Nur Fathiah Raihan binti Ahmad Nizam
Nombor Matriks : 2014625776

1. sebagai manusia, kita haruslah menyedari bahawa kewujudan Allah itu adalah tidak bertempat dan tidak terikat dengan masa.
2. Untuk selama-lamanya, kita telah berjanji dengan Allah bahawasanya Allah s.w.t ialah Tuhan kita. Perjanjian dengan Allah ini adalah secara sukarela dan sedar kerana itu merupakan perjanjian pengabdian diri kita dengan Allah s.w.t.
3. Sesungguhnya semua umat manusia mempunyai fitrah. Fitrah yang dimaksudkan termasuklah semua manusia adalah sama di sisi Allah, setiap manusia mempunyai fitrah bertuhan serta mempunyai fitrah bersatu-padu.

14 September 2015 : Perbincangan Tugasan & Pengagihan Tugasan



14 September bersamaan hari Isnin minggu kedua sesi kuliah, kumpulan kami bercadang untuk berjumpa di perpustakaan kampus dan berbincang mengenai tugasan yang telah kami perolehi daripada Ustazah Mahfuzah minggu sebelumnya.

Hasil perbincangan kali ini, kami telah mula menyenaraikan nama-nama individu untuk ditemubual untuk tugasan kedua kami bertajuk Kepelbagaian Etnik di Sabah. Kami menyenaraikan nama-nama kenalan-kenalan kami dan keluarga kami untuk memilih yang sesuai.

Kami juga telah mula mencari bahan-bahan dan informasi yang sesuai untuk tugasan pertama kami iaitu pembentangan bab bertajuk Pluraliti & Pluralistik Melayu.

9 September 2015 : Tugasan Berkumpulan

Kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan terdiri daripada 4-5 orang setiap kumpulan untuk melaksanakan tugasan berkumpulan.

TAJUK TUGASAN : 
Video 1 : Video Nilai-nilai Murni
Video 2 : Kepelbagaian Etnik Di Malaysia (Sabah). Kami ditugaskan untuk menemubual etnik yang telah diberikan kepada kami dan dilaporkan dalam bentuk video.