Tuesday 8 December 2015

Tugasan Berkumpulan : Video

Video 1 :

Kepelbagaian Etnik di Malaysia (Sabah)



Video 2 :

Video Nilai Murni










REFLEKSI MINGGUAN BAB 8 : ISLAM DAN HUBUNGAN ETNIK

BAB 8 : ISLAM DAN HUBUNGAN ETNIK

Nama Pelajar : Nur Afiqah Ishak
Nombor Pelajar : 2014653906

Dalam kehidupan manusia, kebanyakan nilai dan aspek yang dilalui berkaitan dengan agama Islam. Islam telah terlebih dahulu menganjurkan perkara-perkara tersebut untuk dilaksanakan antaranya menuntut ilmu, berbincang untuk membuat keputusan, berlaku adil sesama kita, kebebasan dalam memilih, kesamarataan dalam kalangan masyarakat dan bertanggungjawab. Selagi kita menjaga nilai-nilai tersebut dalam kehidupan kita, selagi itu kita berada di landasan yang betul dan meneruskan hidup untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai Khalifah Allah s.w.t. di muka bumi ini.

Nama Pelajar : Nur Fathiah Raihan binti Ahmad Nizam
Nombor Pelajar : 2014625776

Dalam Islam, kita digalakkan untuk mewujudkan serta memupuk sikap saling bekerjasama dan persaudaraan. Hal ini kerana Islam telah mengajar kita untuk tidak saling menindas dengan kewujudan nilai-nilai seperti bekerjasama, berkasih sayang, berlaku adil dan sebagainya. Allah S.W.T juga telah menganugerahkan manusia dengan akal untuk berfikir dan melaksanakan tugas dan tanggungjawab sesama manusia.

Nama Pelajar: Nabihah bt Badlishah
Nombor Matrik: 2014419412

Sebagai umat islam yang berpegang kepada prinsip-prinsip islam, kita hendaklah menghormati penganut agama lain sebagaimana yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah saw semasa hayat baginda dan pendekatan tersebut merupakan ajaran penting dalam agama islam.

Selain itu, islam menekankan hubungan sesama manusia. Ia merupakan satu perasaan kerohanian yang lahir daripada cetusan jiwa antara mukmin dengan mukmin yang lain serta keikhlasan terhadap saudara yang lain.

Oleh itu, kita mempunyai sifat-sifat yang baik sesama manusia tidak kira bangsa atau pun warna kulit kerana ia penting dalam menjaga kestabilan dan keutuhan sesebuah negara.

REFLEKSI MINGGUAN BAB 7 : STRATEGI SURVIVAL MELAYU DAN BUMIPUTERA

BAB 7 : STRATEGI SURVIVAL MELAYU DAN BUMIPUTERA

Nama Pelajar : Nur Afiqah Ishak
Nombor Matriks : 2014653906

Kaum Melayu merupakan kaum asal di negara ini iaitu kaum majoriti yang mendiami Malaysia. Keistimewaan orang Melayu termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan antaranya kerakyatan jus soli dan lain-lain. Hak orang Melayu dijamin oleh perlembagaan dalam pelbagai aspek antaranya politik,ekonomi, sosial dan agama bagi menjamin kelangsungan kehidupan orang Melayu. Namun begitu, usaha kaum itu sendiri perlu dilakukan untuk mengubah nasib mereka.

Sebagaimana firman Allah s.w.t. dalam Surah Al-Ra'd ;

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri"

Nama Pelajar : Nur Fathiah Raihan binti Ahmad Nizam
Nombor Matriks : 2014625776

Etnik Melayu mempunyai hak kelangsungan dan mempunyai jaminan di negara yang menjadi negara tumpah darah dan warisan nenek moyang mereka yang perlu dipertahankan. Survival Melayu ini harus dipertahankan dan diperkukuhkan dalam politik, ekonomi, sosial, pendidikan serta pembangunan. Oleh yang demikian juga, tanpa pengukuhan ianya akan memberi kesan langsung kepada kestabilan politik dan perpaduan kaum. 

Nama Pelajar: Nabihah bt Badlishah
Nombor Pelajar: 2014419412

Dalam bab ini, kita dapat mengetahui peranan dan tanggungjawab kerajaan untuk menjamin survival orang melayu dan bumiputera tidak boleh dipertikaikan oleh orang-orang bukan melayu selagi ianya tidak bercanggah dalam islam, selagi mana tidak menindas dan menzalimi hak-hak kaum lain yang ada di negara ini. 

Contohnya, kerajaan telah memperkenalkan Program Tranformasi Kerajaan dan Tranformasi Ekonomi bagi membentuk satu ekosistem pembangunan ekonomi negara yang teguh dan berdaya tahan.

REFLEKSI MINGGUAN BAB 6 : DARI SEGREGASI KE INTEGRASI

BAB 6 : DARI SEGREGASI KE INTEGRASI

Dalam kelas hari ini, kami mempelajari Bab 6;

Nama Pelajar : Nur Fathiah Raihan binti Ahmad Nizam
Nombor Pelajar : 2014625776

1. Integrasi adalah sesuatu langkah bagi mewujudkan identiti negara dan masyarakat yang berbilang kaum. Dalam mewujudkan integrasi ini, negara akan menghadapi pelbagi cabaran antaranya seperti isu-isu perkauman yang semakin menular, kemiskinan, berprasangka buruk mahupun dari segi tahap pendidikan.
2. Oleh yang demikian, pelbagai pihak bukan sahaja dari pihak Kerajaan sahaja memainkan peranan untuk memupuk integrasi ini, tetapi turut melibatkan peranan besar oleh masyarakat.

Nama Pelajar : Nur Afiqah Ishak
Nombor Pelajar : 2014653906

Semasa zaman penjajahan, TM mengalami keadaan segregasi di mana pemisahan atau pengasingan berlaku di antara kaum dalam negara. Kaum-kaum diasingkan fungsi ekonomi serta tempat tinggal masing-masing. Contohnya, kaum Cina bekerja di bandar-bandar,kaum India di estet manakala kaum Melayu menjalankan ekonomi tradisional di kampung. Namun, selepas mencapai kemerdekaan, di Malaysia telah wujud semangat Intergrasi iaitu kewujudan identiti bangsa dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di dalam negara. Semua kaum mula hidup bermasyarakat iaitu tinggal di kawasan perumahan yang sama, berjiran dan bertegur sapa. Malah, di Malaysia kini tidak canggung untuk melihat kaum Cina misalnya, makan makanan Melayu seperti Nasi Lemak dan bertutur secara fasih dalam Bahasa Melayu. Hal ini membuktikan bahawa usaha telah dilakukan bagi mengatasi isu-isu perbezaan antara kaum di Malaysia yang sekarang ini telah mewujudkan keharmonian antara masyarakat.

Nama Pelajar: Nabihah bt Badlishah
Nombor Matrik: 2014419412

Seperti yang kita tahu, pemisahan yang berlaku antara sekumpulan etnik dengan etnik yang lain adalah kerana keadaan kawasan tempat tinggal, jenis pekerjaan, sistem persekolahan serta penerbitan akhbar mengikut bahasa ibunda masing-masing.

Oleh itu, untuk menjadikan kumpulan etnik dinegara ini bersatu padu adalah dengan menyuburkan budaya dan hak hidup sesuatu kumpulan etnik supaya wujud satu identiti nasional dalam kalangan etnik yang terpisah-pisah.

REFLEKSI MINGGUAN BAB 5: PEMBANGUNAN POLITIK DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA

BAB 5 : PEMBANGUNAN POLITIK DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA

Pada kelas minggu ini, kami telah mempelajari mengenai pembangunan politik dalam konteks hubungan etnik di Malaysia.

Nama Pelajar : Nur Fathiah Raihan binti Ahmad Nizam
Nombor Matriks : 2014625776

1. Ukuran pencapaian di dalam politik ialah perpaduan dan pembangunan. Perpaduan bukanlah sahaja dalam kalangan rakyat yang berbilang bangsa, namun perpaduan tersebut turut dijalinkan antara pemimpin dengan rakyat. Hal ini secara tidak langsung dapat membawa kepada pembangunan negara dan ummah.
2. Dalam Islam, seseorang pemimpin wajib menjalankan hak dan tanggungjawab bagi memenuhi keperluan rakyat. Hal ini tidak sahaja berlaku dalam konteks Islam, namun politik berasaskan Islam harus diamalkan oleh mana-mana pemimpin seluruh negara agar rakyat tidak berasa tertindas.
3. Di mana-mana pun, sesebuah politik itu akan dipandu oleh agama. Ini kerana politik bukanlah matlamat, tetapi hanya alat untuk mendapatkan sesebuah demokrasi yang baik.


Nama Pelajar: Fatimah Az-Zahra Binti Shaharom
Nombor Matrik: 2014441954

- Pemimpin adalah insan yang memayungi rakyatnya. Rakyat pula perlu mentaati pemimpin selagi tidak berlaku zalin ke atas dirinya. Disebabkan itu, pemilihan pemimpin itu perlulah yang mempunyai agama dan meletakkan Allah SWT sebagai tujuan hidupnya.
- Pemimpin perlu sedar bahawa di dunia ini adalah tempat untuk mengumpul segala amalan, jika pemimpin tersebut berlaku zalim terhadap rakyatnya. Maka, sakitlah ia di Akhirat kelak. Pemimpin tidak perlu bermegah dengan pangkat dan jawatan yang bersifat sementara. Kerana pabila seseorang manusia itu meninggal dunia, hanya 3 perkara yang akan dibawanya iaitu, Iman, Amal dan Doa terhadap kedua ibu bapanya.
- Seseorang pemimpin perlulah mentabir negara takluknya dengan berlandaskan agama Islam dengan bersumberkan 2 sumber utama iaitu Al-Quran dan Hadis Rasulullah nescaya pemerintahannya tidak tersasar dan terpesong jauh dari jalan Allah SWT.

Nama Pelajar : Nur Afiqah Ishak
Nombor Matriks : 2014653906

Politik yang diwujudkan mempunyai matlamat yang sama iaitu berjuang untuk kemakmuran dan pembangunan saksama dalam masyarakat di sesebuah negara. Politik negara yang baik tentunya diketuai oleh pemimpin yang baik. Maksud pemimpin yang baik ialah pemimpin yang adil dalam pemerintahan, ikhlas dalam melaksanakan tanggungjawab, jujur dalam mentadbir, amanah terhadap apa yang dilakukan, berani dalam bertindak dan bijaksana menguruskan negara. Pemimpin harus memegang amanah mentadbir negara dengan sebaik-baiknya kerana dia akan disoal di akhirat kelak. Segala tindakannya haruslah berlandaskan Al Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w. agar tidak terpesong daripada tanggungjawab sebenar.

Nama Pelajar: Nabihah bt Badlishah
Nombor Pelajar: 2014419412

Pembangunan politik adalah satu proses perubahan atau transformasi secara berencana yang melibatkan perubahan dalam tadbir urus nagara daripada cara lama kepada cara yang baru dan terkini. Ia turut melibatkan empat komponen iaitu parti-parti politik, majlis perwakilan rakyat atau parlimen, perlembagaan negara dan pilihan raya. Oleh itu, seorang pemimpin hendaklah membuat sesuatu keputusan yang tidak membawa kepada pertelagahaan yang tidak membawa manfaat kepada negara. Para pemimpin boleh mengambil satu pendekatan melalui permuafakatan politik dengan memberi tempat kepada semua kaum dari pelbagai negeri bergabung antara satu sama lain untuk memastikan negara terus maju tanpa perbalahan.

REFLEKSI MINGGUAN BAB 4 : PEMBANGUNAN EKONOMI DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA

BAB 4 : PEMBANGUNAN EKONOMI DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA


Nama Pelajar : Nur Afiqah Ishak
Nombor Matriks : 2014653906

Ekonomi merupakan salah satu tunjang pembangunan negara. Perancangan ekonomi yang baik seperti Rancangan Malaysia (RMK), Dasar Ekonomi Baru (DEB), Dasar-dasar Awam Kerajaan, Dasar Penswastaan dan Dasar Automobil Nasional membantu negara merangka perancangan ekonomi yang akan meningkatkan pendapatan negara seterusnya memberikan pulangan kepada rakyat dalam bentuk kemajuan seperti kemudahan awam, perkhidmatan berkualiti dan pelbagai lagi. Oleh itu, isu-isu ekonomi yang berlaku seperti kemiskinan dan kesamarataan antara rakyat haruslah diatasi segera bagi mengelak ketidakstabilan ekonomi. Namun begitu, negara juga haruslah merancang strategi ekonomi baru seiring pembangunan negara bagi menstabilkan ekonomi negara dan menjamin keharmonian negara.

Nama Pelajar : Nur Fathiah Raihan binti Ahmad Nizam
Nombor Matriks : 2014625776

Pembangunan ekonomi dan pembangunan politik menjadi asas kepada modenisasi yang dapat mengubah tahap kehidupan dan membangunkan masyarakat. Namun demikian, pelbagai usaha dan strategi telah dilaksanakan bagi mengatasi masalah ketidakseimbangan ekonomi semenjak penjajah British berada di Tanah Melayu lagi. Oleh itu, agihan kekayaan negara yang adil seperti Dasar Ekonomi Baru (DEB) akan dapat mencapai perpaduan negara melalui pengagihan pendapatan dan peluang ekonomi yang saksama dalam kalangan semua rakyat Malaysia. 

Nama Pelajar: Nabihah bt Badlishah
Nombor Pelajar: 2014419412

Seperti yang sedia maklum, pembangunan ekonomi dan masalah sosial mempunyai kaitan rapat antara satu sama lain. Pembangunan dan pertumbuhan ekonomi yang baik akan disertai dengan agihan pendapatan yang sama rata dalam kalangan anggota masyarakat. Untuk mengelakkan masyarakat islam terus terjerumus kepada amalan ekonomi yang bertentangan dengan syariah, negara kita mula merintis ke arah penubuhan institusi al-Rahn. Hal ini dapat membantu rakyat malaysia mendapat pinjaman ihsan sementara dengan cagaran atau barang sandaran yang berharga sebagai cagaran bagi hutang.

REFLEKSI MINGGUAN BAB 3 : PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN TIANG SERI HUBUNGAN ETNIK

BAB 3 : PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN TIANG SERI HUBUNGAN ETNIK

Nama Pelajar : Nur Afiqah Ishak
Nombor Matriks : 2014653906

Perlembagaan yang diwujudkan di dalam negara merupakan rentetan penentangan kaum Melayu terhadap penubuhan Malayan Union yang menghapuskan keistimewaan Melayu dan bumiputera serta kuasa raja yang seterusnya mewujudkan Pesekutuan Tanah Melayu (PTM). PTM telah menyatukan negri-negeri di TM. Sebuah perlembagaan diwujudkan untuk mentadbir negara, iaitu Perlembagaan Persekutuan yang merangkumi perkara-perkara berikut;

  • Pemerintahan
  • Agama rasmi 
  • Bahasa rasmi
  • Kedudukan Istimewa Melayu dan bumiputera


Perlembagaan membantu mewujudkan panduan untuk pemerintahan yang berkesan dalam negara seterusnya mewujudkan negara yang aman dan harmoni untuk didiami.

Nama Pelajar: Fatimah Az-Zahra Binti Shaharom
Nombor Matriks: 2014441954

Negara tanpa undang-undang atau perlembagaan ibarat tiada tiang tunjang yang membelakangi sebuah rumah. Undang-undang adalah peraturan yang di sediakan oleh pemerintah yakni kerajaan untuk memastikan rakyatnya hidup dalam hubungan bersatu padu dan tidak ingin mewujudkan keadaan yang huru-hara.

Perlembagaan Malaysia merupakan panduan untuk rakyat Malaysia untuk mengenali dan mengetahui kuasa rakyat dan kuasa pemerintah. Seperti yang ketahui, pemerintah atau kerajaan di pilih melalui kuasa rakyat melalui Pilihanraya Umum (PRU) yang diadakan setiap 5 tahun sekali. Malaysia adalah sebuah negara demokrasi yang berdaulat dan mendahulukan rakyat dalam setiap aspek kehidupan.

Oleh itu, negara yang terlahir pada hari ni adalah melalui kuasa rakyat sebab itu tiada halangan yang tidak dapat sangkal bahawa pemerintah perlu memahami kondisi rakyatnya melalui aspek ekonomi dan sosial.

Nama Pelajar: Nabihah bt Badlishah
Nombor Pelajar: 2014419412

Berdasarkan aspek perlembagaan, malaysia mengamalkan perlembagaan bertulis, dimana badan perundangan, kehakiman dan eksekutif mendapat kuasa daripada perlembagaan.

Penggubalan perlembagaan persekutuan ini berdasrkan rentetan peristiwa yang berlaku sebelumnya. Contonya dalam perlembagaan malaysia:

Perkara 3(3): Perlembagaan - perlembagaan negeri melaka, pulau pinang, sabah dan sarawak hendaklah masing-masing membuat peruntukan bagi memberi Yang Dipertuan Agong kedudukan sebagai ketua agama islam negeri itu.

Hal ini dapat membuktikan bahawasanya perlembagaan yang telah ditetapkan mampu memberi impak positif kepada negara kita.

REFLEKSI MINGGUAN BAB 2 : PLURALITI MASYARAKAT ALAM MELAYU DALAM SEJARAH

BAB 2 : PLURALITI MASYARAKAT ALAM MELAYU DALAM SEJARAH

Nama Pelajar : Nur Fathiah Raihan binti Ahmad Nizam
Nombor Matriks : 2014625776


 Di sini dapat dihuraikan bahawa pluraliti pada zaman dahulu dan zamn sekarang mempunyai perbezaan yang sangat memberi impak. Pluraliti pada zaman dahulunya terjadi dengan semula jadi tanpa berlaku paksaan dalam kalangan rakyat selain selain rakyat pada zaman itu bebas untuk mencari kehidupan dan kekayaan serta dapat menjamin ketenangan pemikiran dan perasaan. 

 Dapat dihuraikan juga selepas penjajahan penjajah di Tanah Melayu ini yang akhirnya mengakibatkan pluralistik. Kedatangan penjajah banyak memberi kesan negatif kepada negara serta masyarakat. Pluralistik menyebabkan rakyat tertindas akibat kedatangan penjajah yang hanya mementingkan ekonomi dan politik mereka. 

 Secara tidak langsung dapat disimpulkan bahawa Malaysia mempunyai banyak tarikan yang menyebabkan perebutan kuasa oleh penjajah Barat.

Nama Pelajar: Fatimah Az-Zahra Binti Shaharom
Nombor Matriks: 2014441954

Refleksi yang dapat di buat untuk bab 2 ni ialah dapat mengenal pasti kemasukan imigran seperti India dan Cina dalam Tanah Melayu untuk merancakkan ekonomi di Tanah Melayu. Seperti yang kita ketahui, kedatangan British hanyalah untuk memonopoli hasil kekayaan bumi di Tanah Melayu seperti bijih timah, lada hitam, gambir, getah untuk di bawak balik ke negara asal.

Disebabkan itu, kemasukan imigran ini membantu British memperoleh tujuan yang diinginkan. British juga mengubah sistem pentadbiran Tanah Melayu dengan memperkenalkan sistem Residen dan ini dapat mengurangkan kuasa Sultan sebagan ketua pemerintah di Tanah Melayu.

Dengan kemasukan imigran Cina dan India ini, wujudnya kepelbagaian agama dan budaya di Tanah Melayu yang menyebabkan perlunya rasa hormat-menghormati antara kaum.

Nama Pelajar : Nur Afiqah Ishak
Nombor Matriks : 2014653906

Dapat disimpulkan bahawa, pluraliti yang terjadi semasa Zaman Sebelum Kesultanan Melayu Melaka dan Zaman Kgemilangan Kesultanan Melayu Melaka adalah bersifat positif di mana masyarakat menerima perbezaan dan hidup di dalam perbezaan secara harmoni dan aman. Ketika itu, tiada paksaan kepada masyarakat untuk menerima budaya dan agama yang berbeza, malah mereka menerima perbezaan dengan terbuka. Semasa Zaman Penjajah, pluraliti yang diterapkan oleh penjajah contohnya British adalah secara paksaan di mana kemasukan imigran dari India dan China serta penduduk asal Tanah Melayu dipisahkan fungsi ekonomi dan penempatan mereka. Semasa Zaman Pra Merdeka, terwujud pluraliti baru di mana masyarakat mengekalkan budaya masing-masing tetapi kekal hidup bersama dalam harmoni. Pluraliti semasa Zaman Pasca Merdeka memperlihatkan wujudnya masyarakat majmuk terdiri daripada Melayu, Cina dan India yang mencorakkan politik, pedidikan serta ekonomi negara.

Nama Pelajar: Nabihah bt Badlishah
Nombor Matrik: 2014419412

Pluraliti alam melayu sebelum kedatangan eropah bersifat semulajadi tanpa ada paksaan mana-mana pihak atau kuasa. Sebelum kedatangan islam masyarakat kepulauan melayu menganut agama hindu dan buddha yang telah bercamput dengan kepercayaan manusia. Kemunculan kerajaan kesultanan melaka 1400m telah menjadi tumpuan dunia perkembangan kerajaan melaka telah mengundang ramai pedagang menjalankan aktiviti perniagaan. Titik pemisah antara pluraliti dan masyarakat plural ialah dengan ketibaan penjajah inggeris ke asia tenggara khursusnya tanah melayu. 


REFLEKSI BAB 1 : KESEPADUAN DALAM KEPELBAGAIAN

BAB 1 : KESEPADUAN DALAM KEPELBAGAIAN

Nama Pelajar : Nur Afiqah Ishak
Nombor Matriks : 2014653906

Meskipun sudah 58 tahun mencapai kemerdekaan, rakyat Malaysia masih hidup aman dan makmur meskipun hidup dalam masyarakat yang berbilang kaum. Hal ini kerana sifat-sifat kebersamaan yang diamalkan dalam kalangan masyarakat. Toleransi dan memahamai perbezaan antara satu sama lain merupakan titik tolak kemakmuran negara. Antara kaum haruslah ada sifat untuk saling menerima dan memahami budaya, adat resam, agama dan tradisi masing-masing agar dapat membuka mata kita melihat kelebihan dan keistimewaan dari perbezaan yang wujud itu.

Nama Pelajar : Nur Fathiah Raihan binti Ahmad Nizam

Nombor Matriks : 2014625776

Masyarakat di Malaysia terdiri dari pelbagai etnik dan masing-masing mempunyai agama, kebudayaan, bahasa dan adat resam.Oleh yang demikian, kita sebagai manusia dilarang untuk memandang rendah dan memperlekehkan agama dan budaya kaum lain. Sementelahan itu, kita digalakkan untuk mendalami agama dan budaya setiap kaum yang lain. Hal ini secara tidak langsung dapat meningkatkan pengetahuan selain mengelakkan perasaan berbangga-bangga.

Nama Pelajar: Fatimah Az-Zahra Binti Shaharom
Nombor Matriks: 2014441954

Kepelbagaian agama dan budaya tidak menghalang sesebuah negara itu hidup dalam keadaan makmur, aman dan harmonis. Toleransi, saling memahami antara kaum merupakan kunci untuk memastikan proses pembangunan dalam negara berjalan lancar. Semua manusia dilahirkan dengan perbezaan dari segi umur, warna kulit tetapi tidak bermaksud kita perlu bersikap prejudis antara satu sama lain. Seperti dalam firman Allah SWT, dalam Surah Al-Hujurat, 13.
  
"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamuj berkenal-kenalan. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuannya".

Berbalik pada pernyataan ini, Allah SWT menciptakan manusia untuk berbilang agama, bangsa, bersuku puak dengan tujuan untuk berkenal-kenalan antara satu sama lain. Sesungguhnya hanya Allah mengetahui apa yang tidak kita sebagai hambaNya ketahui.


Nama Pelajar: Nabihah bt Badlishah
Nombor Matrik: 2014419412

Menyedari bahawa hubungan etnik tidak hanya dipengaruhi oleh unsur etnik semata-mata tetapi juga dipengaruhi oleh unsur-unsur sosial yang lain. Kita turut mengetahui bahawa prespektif kesepaduan sosial melihat masyarakat sebagai sebuat entiti sosial yang memiliki keupayaan untuk membentuk kesejahteraan dalam masyarakat. Kita juga memahami konsep akomodasi, akulturasi, amalgamasi dan asimilasi yang membentuk toleransi antara etnik ke arah menghasilkan kesepaduan sosial dalam kehidupan seharian.


Tuesday 1 December 2015

2 Disember 2015 : Refleksi Kelas Minggu Ke 12

Tidak kelas dibuat pada waktu ini kerana ustazah didapati tidak sihat. Kami sekumpulan terus menyiapkan video mengenai nilai-nilai murni.