Tuesday, 8 December 2015

REFLEKSI BAB 1 : KESEPADUAN DALAM KEPELBAGAIAN

BAB 1 : KESEPADUAN DALAM KEPELBAGAIAN

Nama Pelajar : Nur Afiqah Ishak
Nombor Matriks : 2014653906

Meskipun sudah 58 tahun mencapai kemerdekaan, rakyat Malaysia masih hidup aman dan makmur meskipun hidup dalam masyarakat yang berbilang kaum. Hal ini kerana sifat-sifat kebersamaan yang diamalkan dalam kalangan masyarakat. Toleransi dan memahamai perbezaan antara satu sama lain merupakan titik tolak kemakmuran negara. Antara kaum haruslah ada sifat untuk saling menerima dan memahami budaya, adat resam, agama dan tradisi masing-masing agar dapat membuka mata kita melihat kelebihan dan keistimewaan dari perbezaan yang wujud itu.

Nama Pelajar : Nur Fathiah Raihan binti Ahmad Nizam

Nombor Matriks : 2014625776

Masyarakat di Malaysia terdiri dari pelbagai etnik dan masing-masing mempunyai agama, kebudayaan, bahasa dan adat resam.Oleh yang demikian, kita sebagai manusia dilarang untuk memandang rendah dan memperlekehkan agama dan budaya kaum lain. Sementelahan itu, kita digalakkan untuk mendalami agama dan budaya setiap kaum yang lain. Hal ini secara tidak langsung dapat meningkatkan pengetahuan selain mengelakkan perasaan berbangga-bangga.

Nama Pelajar: Fatimah Az-Zahra Binti Shaharom
Nombor Matriks: 2014441954

Kepelbagaian agama dan budaya tidak menghalang sesebuah negara itu hidup dalam keadaan makmur, aman dan harmonis. Toleransi, saling memahami antara kaum merupakan kunci untuk memastikan proses pembangunan dalam negara berjalan lancar. Semua manusia dilahirkan dengan perbezaan dari segi umur, warna kulit tetapi tidak bermaksud kita perlu bersikap prejudis antara satu sama lain. Seperti dalam firman Allah SWT, dalam Surah Al-Hujurat, 13.
  
"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamuj berkenal-kenalan. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuannya".

Berbalik pada pernyataan ini, Allah SWT menciptakan manusia untuk berbilang agama, bangsa, bersuku puak dengan tujuan untuk berkenal-kenalan antara satu sama lain. Sesungguhnya hanya Allah mengetahui apa yang tidak kita sebagai hambaNya ketahui.


Nama Pelajar: Nabihah bt Badlishah
Nombor Matrik: 2014419412

Menyedari bahawa hubungan etnik tidak hanya dipengaruhi oleh unsur etnik semata-mata tetapi juga dipengaruhi oleh unsur-unsur sosial yang lain. Kita turut mengetahui bahawa prespektif kesepaduan sosial melihat masyarakat sebagai sebuat entiti sosial yang memiliki keupayaan untuk membentuk kesejahteraan dalam masyarakat. Kita juga memahami konsep akomodasi, akulturasi, amalgamasi dan asimilasi yang membentuk toleransi antara etnik ke arah menghasilkan kesepaduan sosial dalam kehidupan seharian.


No comments:

Post a Comment