Tuesday 8 December 2015

REFLEKSI MINGGUAN BAB 7 : STRATEGI SURVIVAL MELAYU DAN BUMIPUTERA

BAB 7 : STRATEGI SURVIVAL MELAYU DAN BUMIPUTERA

Nama Pelajar : Nur Afiqah Ishak
Nombor Matriks : 2014653906

Kaum Melayu merupakan kaum asal di negara ini iaitu kaum majoriti yang mendiami Malaysia. Keistimewaan orang Melayu termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan antaranya kerakyatan jus soli dan lain-lain. Hak orang Melayu dijamin oleh perlembagaan dalam pelbagai aspek antaranya politik,ekonomi, sosial dan agama bagi menjamin kelangsungan kehidupan orang Melayu. Namun begitu, usaha kaum itu sendiri perlu dilakukan untuk mengubah nasib mereka.

Sebagaimana firman Allah s.w.t. dalam Surah Al-Ra'd ;

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri"

Nama Pelajar : Nur Fathiah Raihan binti Ahmad Nizam
Nombor Matriks : 2014625776

Etnik Melayu mempunyai hak kelangsungan dan mempunyai jaminan di negara yang menjadi negara tumpah darah dan warisan nenek moyang mereka yang perlu dipertahankan. Survival Melayu ini harus dipertahankan dan diperkukuhkan dalam politik, ekonomi, sosial, pendidikan serta pembangunan. Oleh yang demikian juga, tanpa pengukuhan ianya akan memberi kesan langsung kepada kestabilan politik dan perpaduan kaum. 

Nama Pelajar: Nabihah bt Badlishah
Nombor Pelajar: 2014419412

Dalam bab ini, kita dapat mengetahui peranan dan tanggungjawab kerajaan untuk menjamin survival orang melayu dan bumiputera tidak boleh dipertikaikan oleh orang-orang bukan melayu selagi ianya tidak bercanggah dalam islam, selagi mana tidak menindas dan menzalimi hak-hak kaum lain yang ada di negara ini. 

Contohnya, kerajaan telah memperkenalkan Program Tranformasi Kerajaan dan Tranformasi Ekonomi bagi membentuk satu ekosistem pembangunan ekonomi negara yang teguh dan berdaya tahan.

No comments:

Post a Comment