Tuesday, 8 December 2015

REFLEKSI MINGGUAN BAB 5: PEMBANGUNAN POLITIK DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA

BAB 5 : PEMBANGUNAN POLITIK DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA

Pada kelas minggu ini, kami telah mempelajari mengenai pembangunan politik dalam konteks hubungan etnik di Malaysia.

Nama Pelajar : Nur Fathiah Raihan binti Ahmad Nizam
Nombor Matriks : 2014625776

1. Ukuran pencapaian di dalam politik ialah perpaduan dan pembangunan. Perpaduan bukanlah sahaja dalam kalangan rakyat yang berbilang bangsa, namun perpaduan tersebut turut dijalinkan antara pemimpin dengan rakyat. Hal ini secara tidak langsung dapat membawa kepada pembangunan negara dan ummah.
2. Dalam Islam, seseorang pemimpin wajib menjalankan hak dan tanggungjawab bagi memenuhi keperluan rakyat. Hal ini tidak sahaja berlaku dalam konteks Islam, namun politik berasaskan Islam harus diamalkan oleh mana-mana pemimpin seluruh negara agar rakyat tidak berasa tertindas.
3. Di mana-mana pun, sesebuah politik itu akan dipandu oleh agama. Ini kerana politik bukanlah matlamat, tetapi hanya alat untuk mendapatkan sesebuah demokrasi yang baik.


Nama Pelajar: Fatimah Az-Zahra Binti Shaharom
Nombor Matrik: 2014441954

- Pemimpin adalah insan yang memayungi rakyatnya. Rakyat pula perlu mentaati pemimpin selagi tidak berlaku zalin ke atas dirinya. Disebabkan itu, pemilihan pemimpin itu perlulah yang mempunyai agama dan meletakkan Allah SWT sebagai tujuan hidupnya.
- Pemimpin perlu sedar bahawa di dunia ini adalah tempat untuk mengumpul segala amalan, jika pemimpin tersebut berlaku zalim terhadap rakyatnya. Maka, sakitlah ia di Akhirat kelak. Pemimpin tidak perlu bermegah dengan pangkat dan jawatan yang bersifat sementara. Kerana pabila seseorang manusia itu meninggal dunia, hanya 3 perkara yang akan dibawanya iaitu, Iman, Amal dan Doa terhadap kedua ibu bapanya.
- Seseorang pemimpin perlulah mentabir negara takluknya dengan berlandaskan agama Islam dengan bersumberkan 2 sumber utama iaitu Al-Quran dan Hadis Rasulullah nescaya pemerintahannya tidak tersasar dan terpesong jauh dari jalan Allah SWT.

Nama Pelajar : Nur Afiqah Ishak
Nombor Matriks : 2014653906

Politik yang diwujudkan mempunyai matlamat yang sama iaitu berjuang untuk kemakmuran dan pembangunan saksama dalam masyarakat di sesebuah negara. Politik negara yang baik tentunya diketuai oleh pemimpin yang baik. Maksud pemimpin yang baik ialah pemimpin yang adil dalam pemerintahan, ikhlas dalam melaksanakan tanggungjawab, jujur dalam mentadbir, amanah terhadap apa yang dilakukan, berani dalam bertindak dan bijaksana menguruskan negara. Pemimpin harus memegang amanah mentadbir negara dengan sebaik-baiknya kerana dia akan disoal di akhirat kelak. Segala tindakannya haruslah berlandaskan Al Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w. agar tidak terpesong daripada tanggungjawab sebenar.

Nama Pelajar: Nabihah bt Badlishah
Nombor Pelajar: 2014419412

Pembangunan politik adalah satu proses perubahan atau transformasi secara berencana yang melibatkan perubahan dalam tadbir urus nagara daripada cara lama kepada cara yang baru dan terkini. Ia turut melibatkan empat komponen iaitu parti-parti politik, majlis perwakilan rakyat atau parlimen, perlembagaan negara dan pilihan raya. Oleh itu, seorang pemimpin hendaklah membuat sesuatu keputusan yang tidak membawa kepada pertelagahaan yang tidak membawa manfaat kepada negara. Para pemimpin boleh mengambil satu pendekatan melalui permuafakatan politik dengan memberi tempat kepada semua kaum dari pelbagai negeri bergabung antara satu sama lain untuk memastikan negara terus maju tanpa perbalahan.

No comments:

Post a Comment