BAB 4 : PEMBANGUNAN EKONOMI DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA
Nama Pelajar : Nur Afiqah Ishak
Nombor Matriks : 2014653906
Ekonomi merupakan salah satu tunjang pembangunan negara. Perancangan ekonomi yang baik seperti Rancangan Malaysia (RMK), Dasar Ekonomi Baru (DEB), Dasar-dasar Awam Kerajaan, Dasar Penswastaan dan Dasar Automobil Nasional membantu negara merangka perancangan ekonomi yang akan meningkatkan pendapatan negara seterusnya memberikan pulangan kepada rakyat dalam bentuk kemajuan seperti kemudahan awam, perkhidmatan berkualiti dan pelbagai lagi. Oleh itu, isu-isu ekonomi yang berlaku seperti kemiskinan dan kesamarataan antara rakyat haruslah diatasi segera bagi mengelak ketidakstabilan ekonomi. Namun begitu, negara juga haruslah merancang strategi ekonomi baru seiring pembangunan negara bagi menstabilkan ekonomi negara dan menjamin keharmonian negara.
Nama Pelajar : Nur Fathiah Raihan binti Ahmad Nizam
Nombor Matriks : 2014625776
Pembangunan ekonomi dan pembangunan politik menjadi asas kepada modenisasi yang dapat mengubah tahap kehidupan dan membangunkan masyarakat. Namun demikian, pelbagai usaha dan strategi telah dilaksanakan bagi mengatasi masalah ketidakseimbangan ekonomi semenjak penjajah British berada di Tanah Melayu lagi. Oleh itu, agihan kekayaan negara yang adil seperti Dasar Ekonomi Baru (DEB) akan dapat mencapai perpaduan negara melalui pengagihan pendapatan dan peluang ekonomi yang saksama dalam kalangan semua rakyat Malaysia.
Nama Pelajar: Nabihah bt Badlishah
Nombor Pelajar: 2014419412
Seperti yang sedia maklum, pembangunan ekonomi dan masalah sosial mempunyai kaitan rapat antara satu sama lain. Pembangunan dan pertumbuhan ekonomi yang baik akan disertai dengan agihan pendapatan yang sama rata dalam kalangan anggota masyarakat. Untuk mengelakkan masyarakat islam terus terjerumus kepada amalan ekonomi yang bertentangan dengan syariah, negara kita mula merintis ke arah penubuhan institusi al-Rahn. Hal ini dapat membantu rakyat malaysia mendapat pinjaman ihsan sementara dengan cagaran atau barang sandaran yang berharga sebagai cagaran bagi hutang.
No comments:
Post a Comment